Monday, August 13, 2012

13/08

Hari ini (13/08)

Kini baruku tahu bahawa diriku sudah cukup banyak menyiksa dirimu.. kerana diriku kau telah hilang kebebasan diri, baik dari segi pergaulanmu dan jugak kegemaranmu.. Ya aku tahu apa minatmu dan apa hobi..

Pada pertemuan pertama diriku bersamamu secara bersemuka adalah pada hari khamis 17/02/2011, kite telah bertemu di sebuah shoping complex yg diberi nama sebagai eCurve, kemudian kite bersiar2 pula di Taman Desa Park, menceritakan pengalaman hidup serta mengenai diri memasing.. sehingga Jam menunjukkan kol 8.30, Finally tempat terakhir persinggahan kite ada di sebuah gerai makan berhampiran dengan kediamanmu, iaitu gerai Char Kew tiau, disitu kite saling berkongsikan bagaimana pasangan yg kite idamkan untuk kekal hidup semati..

Aku Penah meluahkan pada kau.. " I kalo boleh nak lelaki yg tol2 ikhlas syg i, and kalo boleh jgn kongkong i, tak kisahla.. kalo dia nak mengatal atau apa pun yg penting hati dia ttp setia pada i, apa yg lelaki tu nak buat, buatla.. asalkan lelaki tu tahu dalam hati dia ada sape, yang penting dalam hubungan 4 perkara, "setia,Jujur,Ikhlas,kepercayaan",, sehingga kite aku pegang 4 perkara tersebut. namun ko jugak akuinya.......

Sehinggala.. terjadinya suatu tragedi yang tiada pun akan menyangka.,.. dalam tak sedar kau telah melukakan hati ku dengan membohongiku,, dengan alasan untuk menjaga hatiku,,, tapi pernah ke kau tahu masa kejadian tu betapa sakitnya hati aku, sehingga aku ingin menjerit sepuas2nya sehingga seluruh alam fana ketahui betapa terlukanya hati aku waktu itu... " kalo kau nak tahu kenapa terlukanya hati aku, kerana pada kejadian itu, dipikiranmu, dihatimu aku sudah tiada...  " Kalo kau nak tahu lepas peristiwa tu aku selalu persalahkan diri ku setiap saat, minit, jam sehingga aku mengalami kemurungan..

Berkali2 aku cuba memiliki diriku yang dahulu, seorang yg penuh ketawa, hati yg tenang, hati yang kosong tanpa iri hati, kecewa, aku rindui diri aku yang dulu, seorang yg penuh dengan ketawa dan hati yg lembut dan pemaaf...  Usaha ku gagal.. ini kerana setiap kali aku berusaha dalam tak sedar hati aku terluka lagi dalam diam... aku menangis meratapi nasibku.. apakan kesudahan dan penghujung hubungan aku dan dia..

Kini Usia hubungan kami almost 2year, baru ku sedar dalam diam bukan shaja kegembiraan ku di ragut, namun kegembiraan dia juga telah ku ragut tanpa ku sedari.. Aku tak penah nak pertikaikan kalo kegembiraanku telah hilang sejak peristiwa trajedi., benda telah berlaku dan tak mungkin boleh berputar semula.. Aku redha dan pasrah kini,. Kerana pertemuan antara aku dan kau jugak tidak dirancang olehku.. mungkin allah telah tetapkan hubungan ku bersamamu... Tapi untuk mengembalikan sinar hidupmu dah cahaya hidupmu... Mulai hari ini Ku bebaskan dirimu dari cengkaman aku, pergila.. jadi diri mu yang asal.. tak perlula kau berubah semata2 untuk diriku... selama ini Kau banyak berkorban buat diriku, biarla kali nie.. aku Korbankan diri dan hati aku, untuk melihat kau bahagia dengan kehidupanmu....................

p/s:
     Maafkan aku sebab terlalu banyak menyakitkan hati mu. Mulai saat ini aku takkan menganggu diri mu lagi... Kerana diriku yg sebenarnya adalah melihat kegembiraanmu merupakan kebahagianku.. walaupun mungkin hati aku menangis dalam senyum...

"MAAFKAN AKU"

No comments: