Monday, March 26, 2012

Alhamdulilah.... Dengan KeizinanNya



 
Dia adalah segala-segala bagi aku kini dan selamanya.. mungkin ramai org tertanya2 apala sangat istimewa mamat kat bawah nie.. nak dikatakan ensem xpun hanyala insan biasa je..

tapi yang pasti dia ni ada keistimewaan yang tersendiri dan mampu menawan hati saya yang tak berapa nak btol.

Walaupun Kekadang tu, dia sering mengusik saya dengan gurauan yang agak menyedihkan dan membuatkan hati saya tersentak.. tapi hati saya ttp kukuh bersama dirinya.

Insyaallah dengan Izin AllaH Yang Maha Esa, semuanya akan berjalan dengan baeknya...








Kalo Kengkawan nak tahu camne pekenalan kami berdua, bacala cite lelama kat bawah tu.. Walau apa sekalipun aku bersyukur kehadrat ilahi, kerana dengan izinnya hubungan kami telah mencecah usia 1 tahun ++. dan kami juga berdoa kepada allah yang maha esa, agar hubungan kami ini akan berakhir ke jalan yang diredhai hingga ke jinjang pelamin....Amin
dan buat teman2 blog, thank bagi sesiapa yang mendoakan kebahagian kami berdua,,

" Tanpa Keizinan Dari ALLAH s.w.t tak mungkin kami bertemu dab bersatu sebagai pasangan Kekasih, dan tanpa keizinanNya juga tak mungkin hubungan kami hingga ke tahap ini..."

Buat Insan yang aku sayang " ROHEZRY" thank a lot sebab banyak memberi nasihat dan bersabar ngn perangai saya yang banyak kebudak-budakkan dan manja yang mengalahkan kucing parsi..  :)


Coretan Ikhlas dari hati....

10 petanda Dia Jodoh Kita.. Maka Hargainya

Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. BersahajaKekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersamaWalaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanyaApapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujurDia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya MempercayaiSetiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang BekerjasamaBagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kitaBagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahanTiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hatiDengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. MimpiJodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

“ Manusia merancang, Allah menentukan..”


Oleh : Lovely



Thursday, February 9, 2012

Buku Baru... Kehidupan Baru

hai kengkawan,,, terlebih dahulu saya nak ucapkan selamat menyambut maulidur rasul..
serta happy thaipusam bagi kengkwan yang beragama buddha,,

ok, kat sini saya tulis buku baru, bukan apa... sejak kebelakang ini jiwa selalu kaca n bercelaru.. maybe tekanan jiwa pasal kenangan silam atau pun sebab ilang kepercayaan pada seseorang...
sampaikan teruk dia terasa dan tersinggung..

so mulai saat nie.. saya dah taknak terlampau pk bukan2 biarla.. allah yang tentuka,,, so mulai saat nie, biarla hati nie sayang dia seribu makna tapi kelakuan dan pkran hendaklah sebagai kawan.. bukan apa, lagi dipk lagi ditakotkan makin jauh ia akan pergi....

btol nasihat abah.. kalo sayangkan seseorang tu jangan la.. kite terlampau sayang hingga menghalang serta secara tidak sengaja telah kongkong kehidupan harian dia....
so oleh demikian biarla... "couple tpi trade as friend sbab blom dapat sijil pengesahan lagi"
kawen trade pasangan macam kekasih.. barula.. tak booring dan akhir sekali kekalkan sayang pasangan anda lepas kawin sebagai kekasih...

" loving Couple Gitu" hahahahahahahah
hopely....

Friday, January 20, 2012

11 Bulan Telah Berakhir

20/02/2011 - Bermulala hubungan kami yang terjalin, dari seorang kenalan kepada satu perasaan aneh diantara lelaki n perempuan... sejak dari permulaan hingga la kepada yang terkini, hubungan kami ini penuh dengan liku-liku serta dugaan chinta... Mungkin benar org kata, sesuatu hubungan yang terjalin pasti akan ada dugaan serta halangan yang terjadi.....

Pada satu masa ketika hubungan kami hampir retak menanti belah... Namun dengan kuasa Allah serta atas kesabaran dan keinsafan memasing, akhirnya hubungan kami telah baik serta bahagia hingga kini,...


Aku, amat bersyukur kehadrat illahi kerna masih mengukuhkan lagi hati aku terhadap DIA, walaupun pelbagai dugaan yang datang menimpa diriku bersamanya,, tapi shingga kini Kasih Sayang aku terhadapNya makin kuat...

hari ini merupakan bulan yang ke 11 kami bersama, aku selalu berdoa padaNya agar hati aku akan terus cekal dan kekal menyayangi dirinya,,, serta terus berfikiran +ve pada dirinya.................

i really LOve Him....
Insan Yang Selalu Ku Katakan....
"MY SCARY MAN"
"MY CRAZY GUY"
"MY UNCIT UNCLE"
TETAPI YANG PENTING I AWLLLLLLLYYSSS LOVE THIS NOTTY GUYS..........
:* :* :* :* :* :* :* :* :* :* :* :* :*

Thursday, January 12, 2012

Kau Yang Punya - Malique ft Najwa

Lirik KaYang Puny - Malique ft Najwa



Korus:
Jangan kau bimbang sayang
di mana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang
ku tetap
kau yang punya

Verse 1
Bertukar pandangan, senyum
bersalaman ke sekadar berkawan
dan bila cinta dah mula berputik
ah, tak tidur malam
angan-angan jadi pasangan
dah menjadi kenyataan
yang nyatanya, telah banyak kita harung
adakalanya rasa bebas, kadangkala terkurung
kita pernah berpisah dan kembali
berpisah dan kembali
kembali kerna pengorbananmu kuhargai
hilang separa masa bersama keluarga
teman-teman huru-hara tiada lagi, tata, bye bye
tiada lagi huhu haha
jadi sebagai gantinya lagu ni kau yang punya
yang kau nyanyikan, aku nyanyi juga
tak sempurna, tapi ku kan tetap coba
dan janji-janjimu kujanji juga, yup
kini kau dalam duniaku macam hip hop

Korus

Verse 2
Kerjaku memang kejam
punca matamu tak boleh kejam
bermalam, bukan berjam
dimana? dengan siapa kubersama?
berpeluh, bertenaga dengan mic ku berasmara
yang lihat masih menjerit, si genit masih mengenyit
bungkusan dilontar sepuluh digit masih terselit
nah, tidak teruja, mungkin sudah tua
tiada lagi show, kemudian after party
tiada lagi party, kemudian hotel lobi
yang lain masih berpesta
biarkan saja mereka, mereka masih muda
aku ditelefon kalau tak disisimu
dan kalau dengar suara, itu tv atau lagu
jangan bimbang tiada siapa bersamaku
dan jangan bimbang kalau tiada yang berlaku
nope

Korus

Verse 3
Satu fakta, dua penipuan
yang pertama kita ambil, dua buang
kenapa mengeluh?
dengar cerita lagi, dah jenuh berkali-kali
komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi
mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi
mereka pakar fabrikasi, modifikasi
di depan senyum, belakang dengki
yang cemburu mungkin teman kita sendiri
siapa tahu?
peduli, kita dah semuanya bersama
dah senang bersama, dah susah pun bersama
ketawa bersama, menangis bersama
kubersumpah harap kita mati pun bersama
ke akhirnya

Korus

Kuhanya punya kau
dan
hip hop

Outro

Kujuga bimbang sayang
di mana kau berada
dengan siapa kau bersama
jangan lupa
kau tetapku yang punya


p/s:
Thanks to My Love... yang selalu dendangkan lagu nie... untuk saya..
setiap kali hati saya Gundah Gulana Terhadap CintaNya...
" DOAKAN KEBAHAGIAN KAMI BERSAMA"