Tuesday, December 20, 2011

Kau Yang Terakhir Buat Ku... :p

salam....buat kengkawan blogger....

kat sini saya nak berkongsi cerita mengenai CHinta... misti kengkawan nak tahukan.............
ceritanya takdela.. indah sangat,, hanya sekadar cerita.....

ramai org kata, bahawa bertuahnya bila perempuan menjadi cinta terakhir pada seorang lelaki..
dan bertuahnya lelaki itu bila dapat menjadi cinta pertama bagi seorg gadis ... BENARKAH begitu???

Tapi bagi saya ada kemungkinan ianya benar, kalo berdasarkan pengalamaan... sebab org perempuan nie cepat sangat akan berfikiran negative dan terasa dirinya dipermainkan oleh pasanganNYA.., bukan apa, ini semua kerana pengalaman PAHIT yang DIA terima pada chinta pertama atau selepasnya. Kekadang ramai lelaki salah anggap bila KEKASIH diaorg selalu berpikiran negative n cepat terasa bila dia abaikan... bagi org perempuan nie.. dia susah nak forget benda yang telah melukakan HATI dia dulu.. sebab dia takot sangat benda tu berulang Kali.....

==== tetapi wahai Kaum ADAM usahla korang takot untuk menjadi cinta terakhir seorang Gadis... sebab perempuan nie tak kisah cintha pertama atau terakhir, bila hati dah sayang maka dia tak kan berpaling ke arah lelaki lain.. kerana hatinya terlah terikat dengan sesorang.========


Bagi Lelaki:
saya tak berani nak komen.. sebab saya bukan lelaki.. maka harap lelaki dapatla,, bagi serba sedikit komen ye......

Mari kite berkongsi kisah nie...:-

1/ beruntungke jadi chinta pertama atau terakhir seorang lelaki
2/ Manakah lebih memberi makna menjadi chinta pertama atau terakhir seorang Gadis.

Thursday, November 17, 2011

Sarapan Pagi pada 17.11.2011

Untuk permulaan Diet Atkins nie...

Aku mulakan dengan sarapan Pagi hanya dengan 1 ketul ayam goreng bersama Ayeq Masak.

1ketul Ayam Goreng Tanpa Kulit

Sebanyak Yang boleh..

Teruskan Usaha tasha.... Go Tasha Go.........

Diet Atkins Hari Pertama

Hari ini merupakan hari pertama aku nak amatkan Diet ATkins... (w/out Karbo and Sugar) huhuh aku harap cite2 aku untuk capai target berat yang aku kehendaki berjaya kali nie...
Aku nak kurangkan berat badan aku bukan kerana sesiapa tetapi untuk kesihatan dan keyakinan diri.... ini kerana aku kini mudah dapat penyakit antaranya ASHTMA aku kembali semuala... Migrain yang teruk dan cepat penat bila melakukan sebarang aktiviti luar...

Oh NO...NO... kalo boleh aku taknak semua ini terjadi pada diri aku... Maka dengan ini aku berazam untuk menurunkan berat aku sebanyak 16.5KG bermula dari hari ini... Kini aku "SETMIND" kalo org leh boleh buat kenapa aku tak boleh... dalam masa yang sama aku akan cuba tidak skip senaman dengan sebaiknya.

p/s Untuk Diri sendiri...
         GO TASHA GO.... U CAN DO IT......
         TRY YOUR BEST.......

Thursday, November 10, 2011

7 Perkara Kukuhkan Hubungan Cinta


Ramai orang yang  bercinta dan ramai juga yang kecewa. Tapi siapa pula kata tak ramai yang bahagia dalam bercinta? Ramai juga. Tak percaya cuba kira. Orang lain nak bercinta, kita pun teringin juga. Tapi bukankah cinta itu fitrah manusia. Kalau nk ditahan-tahankan perasaan tu, mau gila jadinya. Tambah-tambah lagi orang yang kita sayang berada di depan mata, hampir disisi kita. Itulah sebabnya ramai yang kelam-kabut dalam percintaan dan perhubungan. Dalam fikiran mereka cuma fikirkan ‘bahagia’ ‘gembira’ dan ‘best giler‘ tapi jarang-jarang sekali terbit difikiran mereka,  ‘sabar’, ‘pengorbanan’ serta ‘duka dan derita hadapi bersama’. Bila minda dan hati tak bersedia, maka cinta yang dibina mudahlah luntur warnanya. Baru diuji sedikit, bagai tsunami jadinya. Yang jadi korban, diri sendiri juga.
Saya tak mahu berceloteh panjang, tapi 7  perkara di bawah mampu menjadikan hubungan cinta anda lebih kukuh, lebih bahagia, lebih ‘syok’ dari sebelumnya!:

1. Kasih Sayang dan Cinta Yang Sebenar-benarnya
Cinta jangan hanya kerana nafsu. Biasanya cinta kerana nafsu ini adalah cinta yang terbit dek kerana terpesona dengan kecantikan rupa. Bukannya tak boleh jatuh cinta dengan si tampan dan jelita, namun cubalah mencintai dirinya bukan hanya pada ketampanan atau kejelitaannya saja. Nak tahu sama ada anda ikhlas atau tidak, cuba anda tanya pada diri anda sendiri. Apabila tiba suatu masa dirinya sudah tidak begitu cantik atau menawan, adakah cinta anda padanya tidak pudar walau sedikitpun? Apabila dia sudah tidak begitu berharta, adakah anda sanggup mencintainya dan berada disisinya? Jika jawapan anda YA! Tahniah, kawan. Anda benar-benar pecinta yang tegar sejati!

2. Memberi dan Menerima
Memberi dan menerima atau ‘give and take’ dalam percintaan adalah sesuatu yang ‘menghidupkan’ perhubungan. Erti memberi itu luas. Bukan hanya memberi hadiah saja. SMS, kata-kata cinta, pujian, pertolongan, dan sebagainnya itu juga adalah memberi. Pihak yang menerima pula PERLU pandai menghargai apa saja yang diterima dari kekasih hatinya dan pandai pula membalasnya. Tunjukkan padanya yang anda benar-benar menghargai pemberiannya. Kadang-kadang, ucapan ‘terima kasih’ atau ‘thanks’ saja tidak memadai. Bayangkan anda beriya-iya , dengan susah payah membantu pasangan anda atau membelikan hadiah untuknya, lalu dia membalasnya dengan ucapan “terima kasih” dan itu saja! Tiada pujian, tiada senyuman, tiada kata-kata penghargaan. Oh, hambarnya! Ingat, anda perlu saling memberi dan tahu pula adab menerima. Jangan berat disebelah pihak saja. Jika anda sering merasakan dalam hubungan, seperti anda yang selalu ‘lebih-lebih’ sedangkan si dia ‘rilek’ saja, nampaknya ada yang tak betul dalam percintaan anda berdua. Mungkin si dia tidak ‘begitu’ mencintai anda. Anda faham maksud saya?

3. Saling Bekerjasama
Sejauh manakah anda dan pasangan anda dapat bekerjasama dengan baik?  Pasangan yang ideal dan bahagia selalunya ialah mereka yang bersatu-padu, saling bantu membantu, ibarat kata pepatah, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing‘. Mereka umpama sahabat yang paling akrab yang sering bersama-sama berganding bahu dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan rintangan. Pasangan yang baik adalah mereka yang tidak membiarkan pasangan mereka terkontang-kanting sendirian dalam kesusahan dan kesedihan, apatah lagi membina dan mempertahankan mahligai cinta sedangkan disebalah pihak hanya lepas tangan. Kalau anda nak tahu, ini namanya bertepuk sebelah tangan. Jika anda rasakan pasangan anda amat sukar untuk memberi kerjasama, apalagi untuk memahami perasaan anda yang inginkan bantuan, cubalah berbincang dengannya dengan baik. Jika si dia masih tidak berubah, mungkin ini masanya untuk anda angkat kaki dan ‘blah‘!

4. Gurau Senda dan Lawak Jenaka
Hiasi suasana hubungan anda dengan gurauan dan lawak jenaka. Kalau serious saja, mau tak jemu jadinya. Kalau anda mempunyai pasangan yang sentiasa serious, yang berlagak ‘professional‘ setiap masa, mengaku saja yang anda mula ‘bosan’ dan ‘penat’ dengannya. Ingat, walaupun anda boss di tempat kerja, anda masih manusia yang perlu pada gurau senda. Tak perlu kekal bermuka dan beperwatakan serious sepanjang masa. Walauapapun, saya tak suruh anda jadi pelawak. Gurauan dari anda, cukuplah sekadar mampu mengukir senyuman di wajahnya dan menjadikan dirinya terhibur. Buat para lelaki, orang perempuan memang suka pada lelaki yang mempunyai sense of humor!

5. Fikiran positif
“Kenapa lambat balas sms aku?” “Kenapa tak sms aku, tak ingat kat aku ke?” “Esok hari jadi aku, tapi dia macam buat tak tau je..” Jika anda berada dalam situasi seperti ini dan terus berfikiran negatif, saya ragu kalau hubungan cinta anda akan berpanjangan. Percintaan yang diselubungi oleh prasangka buruk dan fikiran negatif sangat payah untuk terus berdiri. Andai terdapat perkara yang anda ragukan atau sesuatu yang membuat anda rasa ‘tak puas hati’ minta saja penjelasan darinya dengan cara yang baik. Jika anda benar-benar sayangkan hubungan anda, cubalah berfikiran positif. Fikiran positif bukan saja dapat menyelamatkan hubungan anda, tapi mampu menjadikan hidup anda lebih ceria dan gembira.

6. Ada Matlamat
Dalam percintaan anda perlu mempunyai matlamat yang jelas. Ke mana anda mahu bawa bawa hubungan anda? Bagi yang belum berkahwin, anda harus menetapkan PERKAHWINAN sebagai matlamat percintaan anda. Ada orang bercinta separuh nyawa tetapi tidak pernah terfikir untuk berkahwin. Duhai adik-adiku, para remaja sekalian, adakah anda begitu? Bercinta dalam usia yang terlalu muda sebenarnya sangat mencabar. Kemungkinan besar cinta yang dibina bakal berakhir separuh jalan (mungkin juga suku). Selagi anda tidak menetapkan matlamat yang jelas bagaimana anda mampu membawa percintaan anda ke jinjang pelamin, tiada siapa dapat menjamin hubungan anda akan berpanjangan.
7. Memiliki Hati Yang Bersih
Memiliki hati yang baik, suci dan bersih bukan saja satu kemestian dalam percintaan, tetapi juga dalam kehidupan. Dalam hubungan percintaan, pelbagai sikap dan sifat buruk boleh terbit dan terbentuk akibat hati yang tidak bersih. Ego yang tinggi, panas baran, angin tak tentu pasal, degil dan keras hati, sombong dan bongkak, zalim, cinta nafsu, semuanya ini berpunca dari hati yang kotor. Kes main kayu tiga, cinta beralih arah atau curang dalam percintaan adalah antara kesan daripada hati yang tiada ‘nur’. Sejauh manakah anda dalam hal ini? Bagaimana anda melihat diri anda sendiri? Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya. Bersihkanlah hati anda, sentiasalah perbaiki kelemahan diri. Masih belum terlambat untuk anda berubah menjadi lebih baik. Namun, jika anda merasakan anda memang ‘OK’, bagaimana dengan pasangan anda? Ingat, bila bercinta, hati mau baik!
Itulah 7 perkara yang saya rasakan yang menjadi tonggak kekuatan pada hubungan percintaan, berdasarkan ilmu dan pengalaman. Tak semestinya betul, namun jika tiada salah satu dari 7 perkara tadi, mungkin boleh meletakkan hubungan cinta anda dalam keadaan yang tidak selamat. Semoga apa yang saya kongsikan, dapat menjadi manfaat buat diri saya sendiri dan sudah tentu pada anda semua. Saya juga doakan semoga anda dikurniakan pasangan hidup yang baik dan membahagiakan. Amiin..

**********************************************************************************************
tanpa ku sedari kini diriku berada di no5. baru ku sedar bahawa Negative thinking akan meretakkan lagi hubungan jika ia berterusan.. berdasar kata-kata dan langkah2 tersebut aku harus meperbaiki diri aku agar buang akan Negative Thinking aku... Ya, aku sedar setiap insan yang bergelar MANUSIA ada melakukan kesalahan.. Namun aku harus berubah agak tidak sentiasa memikirkan Negative terhadapnya setiap kali... ini kerana setiap Insan yang berada di Muka Bumi ciptaan ALLAH ini ada kelemahan memasing dan mereka juga boleh berubah bila tiba masanya... Ya'allah kenapala aku nie tak beri peluang padanya n mempercayai padanya bahawasanya dia telah banyak berubah demi AKU.....

p/s:- BUAT DIRIKU
 ----> Wahai Natasha ko harus berfikiran Positive serta buangkan sifat Negative mu itu, kerana sikap Negative kamu itu akan menyiksa JIWAnya dan juga JIWAmu sendiri wahai TASHA....  ko kena igt,,,, kata2 mu sendiri " KO DAH BESAQ SEPATUTNYA PNDAI Berfikiq jangan JADI CAM BEBUDAK, WALAUPUN KELAKUAN MU SEPERTI BEBUDAK TAPI KO HARUSLA..... BERFIKIRAN MATANG.... JANGAN JADIKAN KENANGAN SILAP UNTUK MENILAI SESEORANG ITU BURUK,, SEBAB SETIAP INSAN BOLEH BERUBAH MENGIKUT KEADAAN.............!!!!!!!

-----> U CAN DO IT "NURUL NATASHA BT AALI"

-----> JADIKAN PERKARA KE 5, ITU UNTUK MEMPERBAIKI KELEMAHAN DAN KESALAHAN DIRIMU

Pening....Nak Lawakan Blog

Perghhhhhh....
Hari nie aku rasa stress sangat, waktu nak update blog punya layout.. sebab igt nak tryla design bagi lagi menarik n menawan.. punya la.. blaja wat slideshow tapi asyik tak berjaya je...

eeeeeeeerrmmmmmm GERAMnya.....

boleh tak sesiapa kat sini yang ajak tasha wat slideshow....

:((.....:((

Friday, October 21, 2011

Saya rela undur diri untuk lihat dia bahagia

 BILA PEREMPUAN MENANGIS




Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan ...menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

HZ COPYPASTE

Friday, October 14, 2011

Da...da..li (Disaat aku mencintai mu)

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu

Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku

Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku

Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Saturday, October 8, 2011

Bertemu Kembali

hai kengkawan dah lama kite tak bersuakan.. al maklumla.. semua org dok sibuk ngn open house sana sini.. termasuk la ngn saya nie...
ermm mane tidaknya sepanjang bulan syawal tahun nie.. jadual saya penuh dengan program rumah terbuka dan kenduri kawen.. dalam sedar tak sedar rupanya dah ramai teman2 saya dah sampai ke jinjang pelamin..
tinggal aku sorang jer dok kat sini lagi.. kekadang terasa sunyi sangat sebab banyak aktiviti dah terbatas sebab kengkawan semua dah kawen n ada kehidupan mereka sendiri.. tapi apakan daya dan itula lumrah kehidupan kini..

Actually bukan nak cerita pasal  sambutan raya sangat..

Actually kat sini saya terasa nak luahkan suatu perasaan yang sering bermain di fikiran serta hati saya.. sejak dua menjak ni makin kuat perasaan sayang n rindu tu datang terhadap "KAWAN-KAWAN" lama saya.. baek yang berada di Kedah mau pun di penang..

Bagaimanakah keadaan mereka sekarang ye????? adakah sehat.. tapi yang aku pasti mereka pasti sedang bergembira bersama suami/Isteri dan anak2 tercinta... walaupun saya amat merindui mereka semua.. tapi saya sedar diri saya udah jauh dari sisi mereka dan udah tidak seiring dalam bab2 perbualan.. mane tidaknya semua dah berumahtangga n dah menjadi ibu dan bakal ibu..

Apa sekali pun aku tetap merindu saat kite semua BUJANG dulu... sebab saat tu tak de perbezaan status dah topik perbualan,,, walaupun pada zahir ku seperti membawa diri serta menjauhkan diri namun hati ku tetap sayang dan MERINDUI kamu teman..

"LOVE U ALL..... IF MISS ME, I HOPE U OLLS CAN ARRANGE ANY GATHERING..."

Tuesday, September 6, 2011

Syawal Menjelma

*
****************
**********************
*************************
****************************
Selamat Hari Raya Eidil-Fitri
Maaf Zahir & Batin
**********************************
Mudahan Di Bulan Mulia ini
Kite selaku Umat Islam
Dapat Bermaafan
Antara
Satu Sama Lain.
***********************************
*****************************
***********************
********************
****************
*************
**********
******
****
**

Friday, August 12, 2011

10 Soalan Sebelum Bertunang


Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, 'dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin'.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.
Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa', bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait  menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.
Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.
Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.
Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.
Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.
Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.
Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.
Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan  pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di  tempat suci dan terpencil.
Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.
10 soalan itu adalah:
1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.
2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.
3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.
4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.
5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.
6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?
7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.
8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.
9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?
Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.
Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya

alt
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? 
- Artikel iluvislam.com

Thursday, August 4, 2011

Pertemuan n Perkenalanku

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Monday, July 25, 2011

Married But Still A Virgin lol

A couple just got married and on the night of their honeymoon before passionate love, the wife tells the husband, "Please be gentile, I'm still a virgin." The husband being shocked, replied, "How's this possible? You've been married three times before." The wife responds, "Well, my first husband was a gynecologist and all he wanted to do was look at it. My second husband was a psychiatrist and all he wanted to do was talk about it. Finally, my third husband was a stamp collector and all he wanted to do was...oh, do I miss him!"

Ibu Durjana

Pada 21 disember yang lalu, Kiki telah menyambut birthday yang ke-5,,setelah habis berparty,,dye pown pergi la jumpe ngan mak dye,,di sebelah maknye ade abangnye yang bername Kaka..mereka bertiga pown berborak,,,,,,,,
Kiki: mak,,nak tanye satu soalan boleh..

mak: erm,,tanyela,,,

Kiki: mak boleh x citer sal ayah,,spanjang kiki idop kiki tak pernah pown jmpe ayah,,

Kaka: haah,,kaka pown same,,
mak:ish,,ape yang korang cakapkan ney,,mak tak fahamlah,,korang da buat keje skola ke blom?

kiki:mak,,janganlah ubah topik,,

mak: ok fine,,mak terus terang,,sebenarnye,,kau brdua ney bkannye adik bradik sebape,,bapak kiki laen,,bapak kaka laen,,

kaka:owh,,tak kisah la tu,,tapi,,mane mereka pergi?

mak: sebenarnye,,mak dah berzina,,hasilnye korang berdua la,,haha

kiki&kaka:owh,,maknanya kami nie anak luar nikah la ye?sampai ati mak,,kami benci mak,,mak memang ahli neraka,,siap bleh glak lagi tuh,,,kitorang serius ney,,

mak :korang ney jangan banyak cakap la,,mak hempuk kpale kau berdua kang,,lagipown kite ney
KUCING,,kau berdua bile da matang nnti akan buat perkare same gak,,,bodoh!

kiki&kaka:ouh,,yeke?miawwwwwwww,,,,,,(mereka berdua trus beromen sampai pagi)..

Surat Chintan Dari Dio Buat KekasihNya

Salam,

Amacam awekku.?? Lu orait ka.?? Wa harap lu ok2 je..

Awek gua, gua tlh mbaca surat lu tempohari… Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua thadap lu bkn main… Lu ingat gua main2 ka.?? Cintan gua mdlm very deep you know.! very deep purple.! Lu tarak prasan ke?

Apa yg kurangnya gua ni.?? Cuba lu cakap! Gua ni x cukup hensem ke.?? Atau lu sudah ada balak lain.?? Lu sound gua beb.! Mentang2 lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu.! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang.?? Kalo lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jd cikgu tp x dpt. Bkn pasal gua takde kelayakan tp tadika kemas jarang amik cikgu lelaki.. Lagipun jiwa gua lbh kpd seni… Tiket konsert gua semua habis jual.! Sbb tulah gua jd tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu x offer kat onglain.

Gua memang betul2 tak puas hati ni.! Lu memang bikin gua panas.! Sampai hati lu buat cam ni kat gua setelah apa yg gua dah kasik kat lu.. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat x dulu sewaktu lu & gua first time jumpa.?? Masa tu hujan... Lu takde payung.. Lu lari pegi kat bus stop.. Lu basah kuyup.. Kesian pulak gua tgk lu kesejukan.. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama2 sudah feeling2.. Gua ingat lagi lagu "Do You Know Me" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu... Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public... Lu tak ingat ke.?? Ka lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo.! Janganlah buat gua macamni.! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah.! Janganlah krn besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua.. Gua memang macamni, rocker sejati.! Lu pun tau sapa gua.. Dulu lu takdepun cam ni.. Lu tak kisahpun.! Lu layan selamba je.. Tp nape skng lu berubah.? Nampak je gua rocker tp gua pun beriman jugak, beb.! Sembahyang x tinggal wo.!

Lu pikirlah sindri,.! Gua dah curahkan segala2 kat lu.. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu.. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai.. Gua buat modal nak kawin dengan lu.. Cayalah cakap gua.! Gua tak tipu.! Btl cakap lu.! Gua harap lu pikirlah baik-baik, bhai.! Kalo 1 ari nanti gua jd rock star, lu jangan nyesal.. Gua dah takde awek lain lg. Lu sorang jelah yang gua cinta.. Awek lain gua usya diorg x layan gua cakap lu.! Gua x tipu.! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dr gua, kenang gua dlm doa makan malammu.. Sebelum gua bla, gua teringat lagu “runaway”.. Semoga lu berbahagia,.!

Yang Benar,
DIO

Monday, July 11, 2011

Jungle tracking With My New BFF and My Love...... at Taman Negara Penang

ok kengkawan ni nak bercerita mengenai activiti kami jungle tracking, tapi kalo nak ikotkan aktiviti ni dah basi pun,, tapi saje je nak kongsi cerita ngn kengkwan bertapa indahnya suasana kat taman negara, penang tu.. kalo tak silap la...

kami bergerak dari rumah jam 8.30pagi dan bersarapan dahulu kat pekan teluk bahang, bukan apa kang kalo terus naek ada plak mati kelaparan.. tu pun kami dah alami suasana kehausan sebab terlampau xcited sampai lupa bawak air,,, ha...... amik ko "DAHAGA" jenuh doq telan ayeq lior..


 hahah Aksi Pendaftaran Nama.. Al maklumla... Pelancong
katakan..... hahahahha

Aksi Selepas mendaftar... hehehehe
langkah bermula... semua masih mampu tersenyum
Berehat sebentar setelah letih mendaki n kehausan hahahahah
menikmati permandangan yang indah......
Sempat lagi men Buai laju-laju

Balik Time... hahahah kulit memasing dah itam.. so balik la.. jawabnya

Memang besh sangat g Jungle Tracking nie,,, walaupun sepatutnya sampai Monkey beach 1jam 30 min, tapi kiteorg mengambil masa sampai 2 jam lebih... apa sekali pun saya berterima kasih to My Love " Pakcik ucit" heheheh Love u so much...

Lawak Bodoh.....Pujuk-Pujuk la.. dia

Kisah seorang banduan yg bernama Mat,seorang pembunuh yg kejam & ganas..namun akan dihantar ke Hospital Bahagia akibat penyakit GiLa,berikutan tekanan perasaan..si Mat ni punye la emosi apabila die dpt tahu yg die akan dihantar ke Wad GiLa..sbb die mengakui die memang x giLa (x ganas La kalo msuk WAD GILA kan? kat penjara org respek,sbb kes bunuh)..jadi die memberontak..die cube utk membunuh diri dengan nk melompat dari sebuah tiang bendera..lalu warden2 & pegawai2 di penjara memujuk die turun..

Warden Din : Mat turun la Mat,nt Mat nk pindah tmpt baru..best tau..ade Nurse..ade awek..sini ade warden garang2..x best..
Mat : Wah-wah-wah.. ko punye ayat..ko buat aku ni mcm bdk2 ye? ape? ingat aku ni GILA ke? nk antar gi spital tu? aaahhh..aku rela mati la daripada gi sana..
Warden Wak Leh : Mat..turun aje la..kamu x makan lagik ubat nye..kalo udah turun nt,di makan ubat nye..udah sihat,ngak akan dihantar ke sana.
Mat : bLah La wak.. aku x giLa La..watpe mkn ubat..aku nk terjun ni..bunuh diri..

Setelah 4-5org warden memujuk Mat ni & semua nye GAGAL..tibe Warden bernama Pok We yg berasal dr KeLantan,PURE 100% BUDU..mmg digeruni,garang..kuat didikan agama..Lalu Pok We memujuk si Mat ni..namun Pok We x gunakan kekerasan & ketegasan..die ckp lembut2..

Warden Pok We : Mat turun la Mat,sian kt Pok We..Mat x de,susah la Pok We..kt sapo Pok We nk sembang..kalau bkn dgn Mat..trun deh? deh? (dengan LOGHAT Kelantan yg PEKAT,piau)
Mat : (memandang & mendongak ke atas lalu pandang ke Pok We) ermm..yela2 turun..

Kesemua Warden terkejut dgn Pujukan Warden Pok We membuatkan Mat turun..lalu Mat di bawa ke bilik khas utk dikaunseling atas tindakan die..smue warden bertanya smpai la ke soalan ni..

Warden Haji Dol : ni haji nk tanye ni kt Mat,nape mse warden lain pujuk Mat x mau trun? bile Warden Pok We pjuk,senang je Mat trun??
Mat : oooo.. Laa.. mesti La Mat kene trun dulu,kalau x camne Mak si Pok We nk turun pLak?
Semua Warden : Hah?? Npe??
Mat : yela..Pok We ckp.. 'MAK turun la MAK,sian kt Pok We..MAK x de,susah la Pok We..kt sapo Pok We nk sembang..kalau bkn dgn MAK..trun deh? deh?' (Loghat KeLate)


p/s: Sumber Lawak : http://lawakjenaka.com

Aktiviti Hujung Minggu Bersama My Specel + My Frez.......

hai kengkawan blog...
aku mintak maafla... sebab blog aku ni makin lama maki menyepi, bukan apa actually aku tak tahu la.. nak tulis story apa yang boleh share ngn kengkawan,....
Okla.. kali nie aku nk bercerita mengenai aktiviti aku hujung minggu lalu... kalo hujung minggu tu mistila weekend kann... hehehe.
Sabtu lepas sepatutnya mmber aku dari pilah datang bertandang ke rumah aku, tapi apakan daya malang tak berbau, member aku dari pilah tak dapat bertandang ke rumah aku disebabkan kereta dia kena percah oleh mat RemPiT or Mat Pit,,, aku pun tak pasti.. maka dengan itu aku dah kebuntuan idea nak kemana la.. weekend nie, sebab BF aku plak nak join OGTT (Official Gathering Teh tarik) untuk club keta dia... so aku misti borrred... Maka dengan itu aku pun saje la.. try SMS Bf aku kata nak ikot dia g "OGTT" walaupun dalam hati beranggapan mau ker dia bawak aku serta.. Finally selepas beberapa minit kemudian BF aku call n bertanya dimanakah aku,, padahal aku masa tu dok slow motion nek tangga nak balik umah aku yang tinggi melangit tu.. bila angkat jer call My BF cakap " ok i bagi u 10min untuk bersiap"...
yang kealakar tu aku ni punya la.. kelam kabut kersiap n driver dari puncak alam ker area Giant sec 13, tunggu mnmber Bf aku c Redrose nie, tu pun nasuib la.. dia sudi bawak aku,,, apa2 pun aku Bertima kaseh dengan RedRose sebab kan beliau sudi menumpang aku,,, dapat jugak aku merasakan betapa enjoynya xtvt Berkonvoi.......
Okla... tu la... berjalan n activiti aku hujung minggu/...... kat bawah nie ada la.. beberapa pic untuk renungan kengkawan blogger...

hahah Jadi Model Sportrim" Bilela.. nak kurus nie" Nampak Gemuk sangat ni.

Sibuk jalan Sana Sini, sampai tak sedar Pic kena Snap
Tengah menjamu Selera ngn Rose (Vsixer Member)

Gadis2 yng Join,, asl nampak gemuk nie,
Pose sebelum berkonvoi..

p/s:
 hahaha nie je la. yang dapat di pamirkan untuk kengkawan, tpi mmg besh

Monday, June 13, 2011

Riang- Ria Du hUjung Minggu

hari sabtu member aku dari kuala pilah, Bibie namanya datang melawat aku yang berada dipuncak alam nie...
actually Bibie sampai kat Puncak pada hari Jumaat lagi.. tapi sorry la.. yer Bibie tak leh nk bawak ko jenjalan malam tu sebab aku kena serang "Migrain". so malam tu aku tinggalkan pesanan buat bibie untuk beli makanan cepat2..... maka berlalu la.. malam jumaat itu dengan tenangnya.....

Acara n aktiviti kami bermula pada hari sabtu... jam 1230 kot kalo tak silap kami berdua keluar rumah gi mid valley... temankan c Bibie ni amik barang kat MID VALLEY..., setiba jer aku kat MIDVALLEY c Bibie ajak makan kat La Manila..... huhuh yang syok tu Bibie bibie yang belanja....

Nie la.. pic yang kami sempat snap masa kat La,,, manila, aku makan ASAM LAKSA ngn AIR sour sop de guana, n c bibie plak makan NAsi Chicken Sour apa entah bersama lemon tea kot....
Selepas makan bermula la.. acara kite org berjalan dari south ker north midvalley tu.. hahahah nak jadikan cerita aku sempat la.. sambar satu kasut... heheeheh

Actually kami ni dh tak de hala tuju sementara nak tunggu kol 7.00mlm sebab, kami nie penyibuk nak join c dia n club member menjamu selera kat  Bagan Lalang, sepang. so setelah penat berjalan dekat Mid valley kami pun tukar la.. plan ker OU plak.. bukan apa senang nk shoot ke Kepong... hehehe tetapi kat situ kami mmg hilang arah sebab sampai kat OU jam baru kol 4.00 masih ada 3 jam... emm apa lagi kami pun lepak la.. kat MyNews Cafe untuk membasahi Tekak yang kering... sambil bergambar entah apa2.. Gambar di bawah sekaadar untuk tatapan:






hahaha ni la aksi aku ngn bibie masa kat MyNews Cafe One Utama, Damansara..


bila kami berdua dh selesai membasahi tekak, kami pun apa la.. heheheeh gi touchup la muka kami ni yang dah mmg tak berapa nak lawa nie.. yang besh nya c bibie ni nakal tau siap amik jugak gambar dalam toilet waktu memasing tgh touchup.. hahahah mmg tak de kerja, sampai dalam toilet pun bergambar.
hahahaha sempat lagi tu...

bila muka pun dh di touch up apa yang patut.. kami pun bersuka riala kat karoake box(karoake jamban) hehehehe.. konon nak hilang kan tensen,,, tapi kat sini aku sempat rakam gambar Bibie sorang jer

hehehehe sorry ye bibie

Maka saat yang dinantikan oleh aku n bibie pun dh tiba, iaitu hendak ke Bagan Lalang untuk santapan,, hihi kat sini aku tak tahu apa nak story,, yang penting permandangan malam kat sepang Goldcoast mmg menarik minat aku untuk berchuti disana,,, Bibie nnt kiter pergi tau... so kat bawah ni ada la beberapa keping gambar untuk renunagn kengkawan.
 Kalo nak tahu ni la ci dia yang aku maksudkan
 Sopannya aku ngn C bibie ni makan

  1.  





Monday, June 6, 2011

Trust And Negative Thinking

Hai... all my blogger frez, walaupun aku tau.. tak ramai mana pun kengkawan blogger aku nie,,
ok actually aku nak bercerita ttg "trust n negative thinking"..
untuk pengetahuan kengkawan actually perkara ini sentiasa akan berlaku kepada setiap insan yang bergelar MANUSIA,, cam sayala..

misti kengkawan pelik kenapa plak "Title" kali ni mengisahkan trust n Negative thinking,. cam ni actually saya amat memerlukan pandangan kengkawan semua serta nasihat kengkawan yang berada di luar sana.....


begini, untuk makluman kengkawan blogger saya ni slalu sangat berfikiran -ve terhadap sesorang yang cukup bermakna la jugak untuk diri saya.. tapi saya pelik sebab dah banyakkan kali aku try +ve thinking tapi selalunya hanya bertahan lebih kurang 2 3hari jer paling kuat pun 1minggu jer.Pastu aku akan mula balik berfikiran -ve, until la.. one day tu teruk gak kite org salah faham.. sebab nak kata gaduh kite org tak pnah gado lagi buat masa terdekat nie.....

actually hati nie yakin ngan dia, tapi dalam dok yakin tu ada jugak yang terselit bab -ve, mungkin sebab aku ni banyak pengalaman pahit waktu bercinta... tapi apa2 sekalipun aku mmg mintak sangat jasa baik kengkawan Blogger untuk mmberi serba sedikit nasihat dan pandangan... terima kasih,.

Wednesday, May 18, 2011

Luahan

disini aku ingin berkongsi pandangan dan pendapat mengenai perhubungan antara dua hati insan yang bergelar kekasih...
semua org tahu terjalinnya ikatan cinta apabila dua hati bersatu dengan perasaan kasih sayang antara satu sama lain. seperti aku juga sebagai manusia biasa sudah pasti ada hati dan perasaan.
ramai org kata cinta itu indah tapi ada masa bagi aku cinta tu pahit sangat bak hempedu... ini kerana pengalaman cinta silam ku yang amat perit dh pedih sekali.. misti kengkawan nak tau citekan... okla... start pada mula2 aku merasakan cinta monyet.
1- Cinta Monyet (pd usia 18)
          pada usia ni aku tak tahu apa erti itu cinta, n banyak ku korbankan demi cinta aku ni padahal aku pun taktahu seikhlas mana cinta lelaki tersebut so aku just letak namanya "N". untuk pengetahuan kengkawan N ni berasal dari langkawi dan kami berkenalan pada usia aku 16. actually si "N" ni dulu seorang penuntut kat IKM sg.petani jurusan elektrik domestik.. dia ni punyala minat kat aku n tackle aku sampai usia aku 18, sebab selagi masih beruniform sekolah mak abah tak bagi aku bercinta, n pada tu aku igt cinta tu akan berakhir ngn perkahwinan rupanya aku silap... N masih ada GF lain di langkawi, sepanjang dia bercouple ngn aku dalam 6bulan banyak RM aku melayang dan len2 tergadai, ku sangkakan dia benar2 menyayangiku rupanya aku silap dia kongkong aku ibarat buruh simpanan.. yang sering dimaki hamun olehnya.. setiap kali dia membuat panggilan telefon dan berjumpa denganku.
2- Cinta Kolej
           Di kolej aku mempunyai seorang abg angkat yang dikenali sebagai abg R, pada mula aku mmg bencikanya mane taknya muka bengis cam nak makan org, tapi demi kawan baik aku "I" yang ingin menjadi adik angkatnya akupun terimala beliau menjadi abg angkat ku, tapi dalam tak sedar dia menjadikan "I" sebagai batu loncatan untuk mendekati dengan diriku, lalu diala menjadi hero aku untuk membebaskan ku dari sangkar yang telah dicipta oleh "N" untuk ku. lalu tidak lama selepas itu aku menerima abg angkat ku menjadi kekasihku, hubungan kami terjalin selama 2tahun, tapi malang percintaan kami musnah oleh kerana "abg R" tidak boleh hidup tanpa awek disisinya. ini kerana beliau tamat belajar terlebih dahulu dari aku, dan kami menjalani PJJ "Percintaan Jarak Jauh" aku pegang nasihatnya bahawa "PJJ" kenala...ada kepercayaan kesetian dan kejujuran yang kuat.. namun sebaliknya berlaku dipihak "abg R" masa tu hanya allah je yang tahu.
3 - Cinta Muda
           Setelah kegagalan berlaku.. aku tergebak plak cinta muda yang semuanya lelaki muda pada aku dari 1thun hingga ke 3 tahun, pada mulanya aku sangkakan ok.. rupanya lagi teruk, dhla aku ni childish dapat plak BF yang kebudak2an. n aku sentiasa terkongkong dh tidak bebas melakukan sebarang aktiviti termasuklah aktiviti tmpat kerjaku.. mane kan mungkin aku mampu bertahan.
4. Cinta Terakhir (Mungkin)
          Finally kini ku bertemu lagi dengan percintaan, ini ku panggil "R", aku mengenalinya melalui laman social, dan kami berkenalan dan menjadi rapat.. akhirnya cinta kami berputik dan ada perasaan sayang antara satu sama lain. kalo kengkawan nak tahu "R" ni memiliki ciri2 idaman aku, cuma satu jer masalah dia nie, bab puan,,,, fuhhhhh kaki melayan sekali tgk dah cam player (tp lebih baek tunjuk dapan2), dan tak pandai tunjuk kasih sayang dia.. kekadang membuatkan aku tak percaya akan cinta n sayang dia, mana taknya dh cam player,.. kalo ikotkan dulu aku mmg trust gile "R" tapi disebabkan pada suatu ketika tu dia dh hancurkan kepercayaan tu,,.. so sekarang baru nk build balik kepercayaan tu perlahan2.. so hopely dia leh berubah la.. andaikata dia menjadi teman hidupku...



p/s...
 tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.