Thursday, December 27, 2012

Lirik Lagu Cinta Tiada Akhirnya-
Jaclyn Victor
 
 
 
Kuyakin cintaku ini
Tak bisa melangkah pergi
Kaku berdiri disini menanti lafaz kasihmu
Biar kau akui aku kekasihmu
Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah kita
Bintang berwarna
Janji setia kita
Selama… ditaman cinta
Cinta tiada akhirnya
Membara kekal kesyurgaMu
Tak usah kau raguiku
Sayangku dengarkan kasih
Aku milikmu selamanya
Percayalah…..
Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah kita
Bintang berwarna janji setia
Kita .. selamanya
Kasih antara kita
Tercipta abadinya
Tak mungkin memisahkan aku dan dia
Ukir namaku dalam cintamu selamanya
Biar semarakkan kasih mu… selalu
Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah bintang berwarna berjanji setia
Kita selamanya ..
Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah bintang berwarna berjanji setia
Kita selamanya .. ditaman cinta

MerinDui Zaman Remaja

salam..
aku tak tahu kenapa semenjak dua menjak nie aku amat merindui zaman alam remajaku dulu.. adakah kerana kini hati ku penuh dengan kecewa/dendam/marah/ dan sebagainya,,

kekadang aku amat merindui kengkwan zaman sekolah dan zaman pengajian tinggi dulu, YES mungkin ada dikalangan kawan zaman pengajian aku dulu dah mula lupakan aku pasal aku pertahankan seseorang.. tapi aku tetap tak salahkan sesiapa, mungkin niat mereka baik tapi sebagai manusia aku jua ada hak aku sebagai manusia..

Tapi aku xpenah ada niat atau secara sengaja untuk menburukkan teman2ku..
aku amat merindui zaman remaja aku yg penuh dengan gelak tawa. tobat aku amat merindui saaat itu..
Lagi 4hari 2013 akan menjelma dan berakhirlah 2012. maka dengan rasminya usia ku akan bermula dengan angka 3, Wah aku sudah masuk kategory "WANITA". walaupun demikian aku bersyukur kehadrat ilahi sebab telah memanjangkan usia aku hingga ke tahap ini,. Dan aku tumpang gembira terhadap teman2 ku yang mana telah ada keluarga dan cahaya mata.

Bila hampir aje tahun baru, sudah pasti ramai kengkwan yang akan membuat azam baru. begitu juga dengan aku,, bab azam nie biarla rahsia.. heheheheh

p/s:
Love U ols........................

Friday, October 12, 2012

Diet.. Gemuk...

ermmm dah banyak kali aku cuba diet selama dua tahun nie,, asyik gagal je,,
rasanya kalo aku diet terus menerus selama 2tahun konfirm shape badan dah cantik..

tapi takpela... mulai isnin ni,,
aku akan stop segala aktiviti makan dan kuar malam aku..
dan aku juga akan stop kuar dating,,

hehehe hopely dengan cara nie aku boleh kurus,,

Thursday, October 11, 2012

Diet Yang Hancus

huhuhu......

Amat sedey sekali bila diet yang dilaksanakan dengan semangat yang padu,, hancur hanya disebabkan gangguan kesihatan yang kurang memberangsangkan,,heheh kengkwan jalan salah faham bukan preggy tau,, sebab i blom kawen k,..

tapi oleh kerana pada dilanda demam yang tak menentu skjap on.. skejap off.. kekadang tekanan jiwa kite dibuatnya,, mana taknya baru nak xcited start diet balik dah,, suhu badan tetiba meningkat.. mencinya.

Kekadang rasa isi hati dengan kengkawan.. yang berjaya menurunkan berat badan dalam masa yang singkat,, badan oh badan sampai bila ko nak gemuk cam badak nie,,,

huhuhuuh

Monday, August 27, 2012

Luahan 2

Tanpa disedari Ramadhan telah meninggalkan kite selama 8hari...

Dipagi syawal, ku menitiskan airmataku bermaafan diantara keluargaku.. namun tanpa diketahui oleh sesiapa aku jugak menangis mengenangkan kisah hidupku ini,.. mungkin ramai org terpikir bila dikatakan mengenangkan kisah hidupku.. misti pasal chinta,,,

ye aku tak nafikan itu salahsatu daripadanya,,, tapi aku kini redha dengan ketentuan illahi.. mungkin benar kata org, segala yg terjadi ada hikmah disebaliknya,,, Selama ini aku dihantui dengan pengalaman pahit dan mengecewakan ku.. " Kenapa Perjalanan Hidup ku penuh dengan Liku2." dan aku sering salahkan Takdir.. kenapa kehidupan aku tidak seindah teman2ku yang laen,,

" Bila ku renungkan kembali tanpa ku sedari.. mungkin Allah telah membeiku pelbagai dugaan dari segi hubungan sesama umat manusia serta hubungan perasaan diantara manusia.." tapi aku teralpa bahawa allah amat sayangkan aku,, dan dia permurahkan rezekiku,,,.. " Ya Allah Maafkanla.. Hambamu kerdil ini".

Monday, August 13, 2012

.... nntkan diari hidupku buat seterusnya.......

13/08

Hari ini (13/08)

Kini baruku tahu bahawa diriku sudah cukup banyak menyiksa dirimu.. kerana diriku kau telah hilang kebebasan diri, baik dari segi pergaulanmu dan jugak kegemaranmu.. Ya aku tahu apa minatmu dan apa hobi..

Pada pertemuan pertama diriku bersamamu secara bersemuka adalah pada hari khamis 17/02/2011, kite telah bertemu di sebuah shoping complex yg diberi nama sebagai eCurve, kemudian kite bersiar2 pula di Taman Desa Park, menceritakan pengalaman hidup serta mengenai diri memasing.. sehingga Jam menunjukkan kol 8.30, Finally tempat terakhir persinggahan kite ada di sebuah gerai makan berhampiran dengan kediamanmu, iaitu gerai Char Kew tiau, disitu kite saling berkongsikan bagaimana pasangan yg kite idamkan untuk kekal hidup semati..

Aku Penah meluahkan pada kau.. " I kalo boleh nak lelaki yg tol2 ikhlas syg i, and kalo boleh jgn kongkong i, tak kisahla.. kalo dia nak mengatal atau apa pun yg penting hati dia ttp setia pada i, apa yg lelaki tu nak buat, buatla.. asalkan lelaki tu tahu dalam hati dia ada sape, yang penting dalam hubungan 4 perkara, "setia,Jujur,Ikhlas,kepercayaan",, sehingga kite aku pegang 4 perkara tersebut. namun ko jugak akuinya.......

Sehinggala.. terjadinya suatu tragedi yang tiada pun akan menyangka.,.. dalam tak sedar kau telah melukakan hati ku dengan membohongiku,, dengan alasan untuk menjaga hatiku,,, tapi pernah ke kau tahu masa kejadian tu betapa sakitnya hati aku, sehingga aku ingin menjerit sepuas2nya sehingga seluruh alam fana ketahui betapa terlukanya hati aku waktu itu... " kalo kau nak tahu kenapa terlukanya hati aku, kerana pada kejadian itu, dipikiranmu, dihatimu aku sudah tiada...  " Kalo kau nak tahu lepas peristiwa tu aku selalu persalahkan diri ku setiap saat, minit, jam sehingga aku mengalami kemurungan..

Berkali2 aku cuba memiliki diriku yang dahulu, seorang yg penuh ketawa, hati yg tenang, hati yang kosong tanpa iri hati, kecewa, aku rindui diri aku yang dulu, seorang yg penuh dengan ketawa dan hati yg lembut dan pemaaf...  Usaha ku gagal.. ini kerana setiap kali aku berusaha dalam tak sedar hati aku terluka lagi dalam diam... aku menangis meratapi nasibku.. apakan kesudahan dan penghujung hubungan aku dan dia..

Kini Usia hubungan kami almost 2year, baru ku sedar dalam diam bukan shaja kegembiraan ku di ragut, namun kegembiraan dia juga telah ku ragut tanpa ku sedari.. Aku tak penah nak pertikaikan kalo kegembiraanku telah hilang sejak peristiwa trajedi., benda telah berlaku dan tak mungkin boleh berputar semula.. Aku redha dan pasrah kini,. Kerana pertemuan antara aku dan kau jugak tidak dirancang olehku.. mungkin allah telah tetapkan hubungan ku bersamamu... Tapi untuk mengembalikan sinar hidupmu dah cahaya hidupmu... Mulai hari ini Ku bebaskan dirimu dari cengkaman aku, pergila.. jadi diri mu yang asal.. tak perlula kau berubah semata2 untuk diriku... selama ini Kau banyak berkorban buat diriku, biarla kali nie.. aku Korbankan diri dan hati aku, untuk melihat kau bahagia dengan kehidupanmu....................

p/s:
     Maafkan aku sebab terlalu banyak menyakitkan hati mu. Mulai saat ini aku takkan menganggu diri mu lagi... Kerana diriku yg sebenarnya adalah melihat kegembiraanmu merupakan kebahagianku.. walaupun mungkin hati aku menangis dalam senyum...

"MAAFKAN AKU"

MaafKan Aku..

Maafkan Aku,
Jika selama diriku bersamamu selama ini telah banyak melukakan dirimu dalam keadaan sedar atau pun tidak..

Maafkan Aku,
Jikalau selama kau bersamaku selama ini, aku telah menutup pintu kebebasan dirimu, untuk berteman, untuk bersuka ria atau apa sahaja yg kau hendak lakukan,

Maafkan Aku,
Jikalau selama ini aku telah mengongkong hidup mu tanya kesedaran dari diriku..

Maafkan Aku,
Kalo aku telah menyiksa dirimu sekian lama kite bersama....


Akhir Sekali dariku;
Maafkan aku, dah aku akan cuba bebaskan dirimu serta tidak akan mengongkong hidupmu walau dalam apa segi sekalipun,, bukan niat ku untuk mengawal kehidupan dirimu.. tapi apa bila ku membaca coretan mu itu, aku sedar dan tahu bahawa coretan mu itu, khas buatku.. tapi tak mengapa.. Mulai saat ini aku takkan mengawal serta mengongkong kehidupan dirimu.

Thursday, August 2, 2012

Luahan 2




Hari nie.. aku sedey sangat.. entah kenapa...

Since dari semalam hati aku gundah gulana...  oleh  kerana itu.. si dia telah menyalah ertikan setiap perkataan yang aku sampaikan.. demi allah yg aku tak penah untuk menguji kesabaran beliau.. sebab aku tahu bahawa tahap kesabaran beliau telah pin nipis seperti kulit bawang...

Ya Allah, ko kuatkan la semangat aku untuk melupakan segala tragedis malang keatas diri ku ini ya'allah...  berikanla, aku sinar kehidupan baru ini..

Kekadanga aku pernah merasakan seperti ingin bunuh diri.. dah biarla aku berjauhan dengan dunia moden yg penuh dengan liku-liku kehidupan yang selalu membuatkan permataku jatuh ke bumi...

Ya.. aku mmg insan yang teramat lemah... diluar nampak kuat semangat, tguh, berpendirian.. tapi siapa yg tahu dalam hati aku penuh dengan kesedihan dan kesengsaraan... Mungkin ramai org kata, begitu mudah untuk memahami diriku, tapi sebenarnya salah.. tiada siapa mampu untuk memahmi diriku sedalam2nya,,, dia siapa mampu memahami kesedihan dan kesengsaraan yg aku alami selama ini...

Aku harap ia mengerti apa yang tersurat dan tersirat dalam hati aku ini...
bukan niatku untuk meninggikan suara,degil@ perkara yang boleh menaikkan amarah mu...

"  MAAF "

Tips Mengesan Kekasih Yang Curang


Kita selalunya mengandaikan kekasih yang kita cintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah
anda sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik dari yang sedia ada?Orang yang paling rapat dengan diri kita pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100%. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati, tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura? Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengetahui petanda awal mengesan kecurangan pasangan. Pasangan anda berkemungkinan curang apabila situasi ini pernah atau sering berlaku:
1-Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda. Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama.Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sikit’. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part!
2-Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda.Sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya..sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda- tanda langsung untuk jatuh sakit! Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh- sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain.
3-Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama. Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar samada menonton wayang , makan-makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan terpaksa. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.
4-Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda.Si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda.Paling teruk sekali, jika si dia sudah tidak segan-silu menengking anda atau memaki hamun anda disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita
5-Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya.Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda.Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.
6-Tidak lagi rajin menelefon anda Di awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika satu hari tidak mendengar suara anda,pasti si dia resah.Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.
7-Berubah sikap dengan ketara Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar. Jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan.Jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu.Malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa.Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. Anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain-mainkan!
8-Asyik lewat ketika temujanji Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya. Anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa!Jika sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu terlewat, pasti anda meradang! Anda juga mungkin boleh bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua atau setengah jam, tapi jika asyik berjam-jam menunggu atau tak muncul langsung, pasti ada sebab yang lebih logik dari traffic jam! Anda perlu menyiasat kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih dari satu temujanji dalam satu hari. Dan temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain!
9-Menerima panggilan telefon secara rahsia Sedang makan-makan bersama kekasih anda, dia menerima panggilan telefon atau SMS. Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan.Jika sedang duduk, dia akan bangun dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual-bual di telefon dengan nada perlahan atau berbisik. Jika menerima SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca oleh anda. Bunyi telefon membuatnya gelisah ketika bersama anda. Kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan sesuatu dari anda dan tidak hairan jika dia berlaku curang terhadap anda!
10-Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda Anda pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama anda sedangkan dahulu dia tidak begitu. Apabila anda bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu mengganggu masanya bersama anda. Alasan sebegini mungkin diterima sekiranya anda bersamanya ketika di panggung wayang atau menikmati hari istimewa seperti Valentine, tetapi jika setiap kali keluar dia mematikan telefon bimbit, sudah tentu dia takut ada orang tertentu membuat panggilan ketika bersama anda!Ini mungkin salah satu petanda si dia berlaku curang atau menyimpan banyak pasangan!
11-Telefon bimbitnya asyik engaged,tidak berjawab atau terus mati Ketika anda cuba menghubunginya,handsetnya sering mati..Jika tidak mati,taliannya asyik busy,tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala berjam-jam. Anda pasti jemu jika setiap kali cuba menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak berfungsi. Jika anda dail telefon rumahnya, pasti jawapannya dia sudah keluar atau tidak diangkat langsung.Tak guna ada telefon bimbit jika tidak boleh dihubungi. Oleh itu, anda perlu melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak berlaku kerana ia adalah salah satu petanda si dia berkelakuan curang.Si dia mungkin sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain!
12-Kerap memberi alasan sibuk dan penat Anda mungkin sudah merancang sesuatu bersamanya di hujung minggu tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan tidak dapat bersama anda.Si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas alasan terlalu penat.Anda sering dibiarkan terkial-kial tanpa aktiviti menarik di hujung minggu.Anda cuba memahami tetapi jika si dia asyik sibuk dan penat, tentu hilang kesabarannya.Sekiranya kerjaya si dia sememangnya menuntut pengorbanan waktu,mungkin anda dapat memahami.Tetapi jika anda tahu bahawa si dia sebenarnya mempunyai banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa curiga.Anda perlu menyiasat samada si dia benar-benar sibuk. Mungkin si dia hanya berpura-pura sibuk kerana ada urusan lain yang penting dari anda! Lebih baik anda mengangkat kaki daripada terus dibohongi kerana kecurangannya!
13-Sering tersasul menyebut nama wanita lain Pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain. Apabila tersedar, dia cepat2 mengubah topik perbualan. Jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain.Jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila anda mendail telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak-agak seolah-olah tidak pasti siapa yang memanggilnya. Begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di mana, buat apa dan apa saja klu seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana takut tersilap sebut.Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita dan seorang playboy! Ini adalah kerana dia sering terkeliru sehingga tidak dapat membezakan suara anda dengan suara teman-teman wanitanya yg lain.
14-Sepi tanpa berita bila berjauhan Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang lama di tempat yang lain.Anda mempercayai kesetiaannya tetapi adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. Ini adalah kerana anda tidak dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia rajin menulis surat, menghantar email atau SMS dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita.Si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi menghubungi anda. Jika anda berjaya menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu.Petanda ini jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan dengannya.Kemungkinan si dia sudah mendapat pengganti anda ketika berada di tempat baru.
15-Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya Anda tentu bengang apabila mendapati ada kesan gincu pada bajunya atau bau pewangi wanita lain pada tubuhnya.Mungkin si dia tidak sedar kesan-kesan ini tetapi relakah anda hanya berdiam diri apabila berhadapan dnegan situasi ini? Si dia mungkin berbohong dengan pelbagai alasan untuk menyelamatkan diri tetapi anda disyorkan supaya menyiasat tingkahlakunya agar tidak diperdayakan.
16-Marah apabila anda bertanya aktivitinya Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan-rakannya di sebelah petang.Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat.Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia.Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!

Thursday, July 5, 2012

Luahan Perasaan Part1

Salam Kengkawan blog,

Pada mulanya kami, nak mintak maaf sebab dah lama sangat blog nie bersawang tanpa sebarang story
about myself or about my relationship..

Actually, luahan nie sekadar untuk mendapatkan pandangan dan nasihat dari pembaca2 blog nie,,
dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang mati.... saya nak share dengan kengkwan
jiwa kite menyayangi seseorang harus ke kite memberikan kepercayaan kepada dia 100% dan Harapan
setinggi gunung Everest..

" Ini Kerana kalau bagi saya yang 10tahun lalu atau setahun yang lalu.. yezzz... bagi saya dalam hubungan
memerlukan kepercayaan 100% dan harapan yang dia milik kite". Tetapi setelah pengalaman Pahit 11thun
lalu telah memberi impak yang besar buat saya untuk memberi kepercayaan 100% dan harapan yang
mengunung kepada Insan yang bergelar LELAKI".

Mana taknya, Selama 11tahun nie, sy dah bagi 100% kepercayaan n stinggi gunung everest harapan,, tapi apa yang terjadi.. semuanya menghancurkan kepercayaan dan  harapan saya tu.. apa yang telah terjadi tu saya terus nekad pada diri bahawa in relationship or frenship perlu kan kepercayaan dan ketidakpercayaan..
bukan niat nak bersangka buruk pada org.. tetapi demi untuk hati tidak disakiti atau dilukai...

Actually story nie bukan pasal percintaan shaja tapi ada kena mengena dengan talian persahabatan juga,,
selama ini, aku hanya mampus titisakan airmata aku yang tiada benteng untuk terus bertahan,, banyak benda yang aku sering tangisi antaranya,,,. bila aku kenangkan nasib aku nie,, kenapa aku sering diperlakukan sebegini..

p/s...
Tunggu sambungan...............

hope kengkawan boleh bagi komen n pendapat korang k

Disebalik Lirik Sudah Cukup Sudah


‘Sudah Cukup Sudah’ yang semakin mencipta populariti di Malaysia merupakan lagu dari kumpulan band seberang iaitu Nirwana. Lagu ini cukup memukau pendengarnya, terutama kami sendiri yang mengaku seringkali mendengar lagu yang asyik dan gratis ini.
Manakan tidak, disebalik lagu yang merdu dan syahdu nyanyian band Nirwana, terselit satu kisah yang menyayat hati. ‘Sudah Cukup Sudah’ mengisahkan tentang perjalanan kehidupan sahabat mereka yang membunuh diri akibat putus cinta suatu masa dahulu. 
Akibat kekasihnya yang curang bersama dengan lelaki lain, sahabat kepada band Nirwana ini telah mengalami kekecewaan yang amat mendalam selain menangis setiap malam. Dari situlah terkeluarnya perkataan  “sudah cukup sudah… biarlah aku pergi saja,”yang diluah oleh lelaki itu.
Salah seorang ahli band Nirwana, iaitu Denis berkata, mereka cukup sebak ketika merakamkan lagu ini dahulu. Beliau sendiri pernah menitiskan air mata dan merasakan lagu ini sangat bermakna bagi kumpulan Nirwana secara peribadi.
Denis juga berharap, apa yang dilakukan oleh sahabatnya itu, tidak dicontohi oleh mana-mana peminatnya, beliau tidak mahu seseorang menamatkan kehidupan kerana masalah putus cinta sahaja.
Bagi kami, kisah yang terselit di dalam lagu ini sungguh tragis, namun sebagai manusia biasa, apalah kiranya kita seringkali berserah kepada pencipta jika dilanda masalah, bukan kah lebih tenang dari membunuh diri? Nasihat kami, hargailah diri sendiri, kerana dirimu begitu berharga, #Eh iklan la pulak

Monday, March 26, 2012

Alhamdulilah.... Dengan KeizinanNya



 
Dia adalah segala-segala bagi aku kini dan selamanya.. mungkin ramai org tertanya2 apala sangat istimewa mamat kat bawah nie.. nak dikatakan ensem xpun hanyala insan biasa je..

tapi yang pasti dia ni ada keistimewaan yang tersendiri dan mampu menawan hati saya yang tak berapa nak btol.

Walaupun Kekadang tu, dia sering mengusik saya dengan gurauan yang agak menyedihkan dan membuatkan hati saya tersentak.. tapi hati saya ttp kukuh bersama dirinya.

Insyaallah dengan Izin AllaH Yang Maha Esa, semuanya akan berjalan dengan baeknya...








Kalo Kengkawan nak tahu camne pekenalan kami berdua, bacala cite lelama kat bawah tu.. Walau apa sekalipun aku bersyukur kehadrat ilahi, kerana dengan izinnya hubungan kami telah mencecah usia 1 tahun ++. dan kami juga berdoa kepada allah yang maha esa, agar hubungan kami ini akan berakhir ke jalan yang diredhai hingga ke jinjang pelamin....Amin
dan buat teman2 blog, thank bagi sesiapa yang mendoakan kebahagian kami berdua,,

" Tanpa Keizinan Dari ALLAH s.w.t tak mungkin kami bertemu dab bersatu sebagai pasangan Kekasih, dan tanpa keizinanNya juga tak mungkin hubungan kami hingga ke tahap ini..."

Buat Insan yang aku sayang " ROHEZRY" thank a lot sebab banyak memberi nasihat dan bersabar ngn perangai saya yang banyak kebudak-budakkan dan manja yang mengalahkan kucing parsi..  :)


Coretan Ikhlas dari hati....

10 petanda Dia Jodoh Kita.. Maka Hargainya

Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. BersahajaKekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersamaWalaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanyaApapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujurDia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya MempercayaiSetiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang BekerjasamaBagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kitaBagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahanTiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hatiDengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. MimpiJodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

“ Manusia merancang, Allah menentukan..”


Oleh : Lovely



Thursday, February 9, 2012

Buku Baru... Kehidupan Baru

hai kengkawan,,, terlebih dahulu saya nak ucapkan selamat menyambut maulidur rasul..
serta happy thaipusam bagi kengkwan yang beragama buddha,,

ok, kat sini saya tulis buku baru, bukan apa... sejak kebelakang ini jiwa selalu kaca n bercelaru.. maybe tekanan jiwa pasal kenangan silam atau pun sebab ilang kepercayaan pada seseorang...
sampaikan teruk dia terasa dan tersinggung..

so mulai saat nie.. saya dah taknak terlampau pk bukan2 biarla.. allah yang tentuka,,, so mulai saat nie, biarla hati nie sayang dia seribu makna tapi kelakuan dan pkran hendaklah sebagai kawan.. bukan apa, lagi dipk lagi ditakotkan makin jauh ia akan pergi....

btol nasihat abah.. kalo sayangkan seseorang tu jangan la.. kite terlampau sayang hingga menghalang serta secara tidak sengaja telah kongkong kehidupan harian dia....
so oleh demikian biarla... "couple tpi trade as friend sbab blom dapat sijil pengesahan lagi"
kawen trade pasangan macam kekasih.. barula.. tak booring dan akhir sekali kekalkan sayang pasangan anda lepas kawin sebagai kekasih...

" loving Couple Gitu" hahahahahahahah
hopely....

Thursday, January 12, 2012

Kau Yang Punya - Malique ft Najwa

Lirik KaYang Puny - Malique ft Najwa



Korus:
Jangan kau bimbang sayang
di mana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang
ku tetap
kau yang punya

Verse 1
Bertukar pandangan, senyum
bersalaman ke sekadar berkawan
dan bila cinta dah mula berputik
ah, tak tidur malam
angan-angan jadi pasangan
dah menjadi kenyataan
yang nyatanya, telah banyak kita harung
adakalanya rasa bebas, kadangkala terkurung
kita pernah berpisah dan kembali
berpisah dan kembali
kembali kerna pengorbananmu kuhargai
hilang separa masa bersama keluarga
teman-teman huru-hara tiada lagi, tata, bye bye
tiada lagi huhu haha
jadi sebagai gantinya lagu ni kau yang punya
yang kau nyanyikan, aku nyanyi juga
tak sempurna, tapi ku kan tetap coba
dan janji-janjimu kujanji juga, yup
kini kau dalam duniaku macam hip hop

Korus

Verse 2
Kerjaku memang kejam
punca matamu tak boleh kejam
bermalam, bukan berjam
dimana? dengan siapa kubersama?
berpeluh, bertenaga dengan mic ku berasmara
yang lihat masih menjerit, si genit masih mengenyit
bungkusan dilontar sepuluh digit masih terselit
nah, tidak teruja, mungkin sudah tua
tiada lagi show, kemudian after party
tiada lagi party, kemudian hotel lobi
yang lain masih berpesta
biarkan saja mereka, mereka masih muda
aku ditelefon kalau tak disisimu
dan kalau dengar suara, itu tv atau lagu
jangan bimbang tiada siapa bersamaku
dan jangan bimbang kalau tiada yang berlaku
nope

Korus

Verse 3
Satu fakta, dua penipuan
yang pertama kita ambil, dua buang
kenapa mengeluh?
dengar cerita lagi, dah jenuh berkali-kali
komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi
mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi
mereka pakar fabrikasi, modifikasi
di depan senyum, belakang dengki
yang cemburu mungkin teman kita sendiri
siapa tahu?
peduli, kita dah semuanya bersama
dah senang bersama, dah susah pun bersama
ketawa bersama, menangis bersama
kubersumpah harap kita mati pun bersama
ke akhirnya

Korus

Kuhanya punya kau
dan
hip hop

Outro

Kujuga bimbang sayang
di mana kau berada
dengan siapa kau bersama
jangan lupa
kau tetapku yang punya


p/s:
Thanks to My Love... yang selalu dendangkan lagu nie... untuk saya..
setiap kali hati saya Gundah Gulana Terhadap CintaNya...
" DOAKAN KEBAHAGIAN KAMI BERSAMA"
 

Wednesday, January 11, 2012

Ombak Rindu - Adira & Hafiz

 

Lirik Lagu Ombak Rindu Hafiz Dan Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Thursday, January 5, 2012

Promosi Bercuti Ke Genting Highland (CNY)

Hi Semua...

Kat sini ada promosi Trip to Genting (CNY) kalo ada sesiapa nak join boleh la...
harga murah dah berpatutan.





1. stay kat 1st world and all park entrance fee, baru RM275.00(per pax) utk 2 hari 1 malam
    (check in 20/01 - 21/01/12)
2. stay kat 1st world and all park entrance fee, baru RM315.00(per pax) utk 3hari 2 malam
   (check in 20/01 - 22/01/12)
Harga Murah je,, termasuk semua sekali...
iaitu dapat breakfast, indoor, outdoor serta pengangkutan dari PENANG atau Setiawangsa, KL.

JOM... reramai kite meriahkan suasana.