Wednesday, May 18, 2011

Luahan

disini aku ingin berkongsi pandangan dan pendapat mengenai perhubungan antara dua hati insan yang bergelar kekasih...
semua org tahu terjalinnya ikatan cinta apabila dua hati bersatu dengan perasaan kasih sayang antara satu sama lain. seperti aku juga sebagai manusia biasa sudah pasti ada hati dan perasaan.
ramai org kata cinta itu indah tapi ada masa bagi aku cinta tu pahit sangat bak hempedu... ini kerana pengalaman cinta silam ku yang amat perit dh pedih sekali.. misti kengkawan nak tau citekan... okla... start pada mula2 aku merasakan cinta monyet.
1- Cinta Monyet (pd usia 18)
          pada usia ni aku tak tahu apa erti itu cinta, n banyak ku korbankan demi cinta aku ni padahal aku pun taktahu seikhlas mana cinta lelaki tersebut so aku just letak namanya "N". untuk pengetahuan kengkawan N ni berasal dari langkawi dan kami berkenalan pada usia aku 16. actually si "N" ni dulu seorang penuntut kat IKM sg.petani jurusan elektrik domestik.. dia ni punyala minat kat aku n tackle aku sampai usia aku 18, sebab selagi masih beruniform sekolah mak abah tak bagi aku bercinta, n pada tu aku igt cinta tu akan berakhir ngn perkahwinan rupanya aku silap... N masih ada GF lain di langkawi, sepanjang dia bercouple ngn aku dalam 6bulan banyak RM aku melayang dan len2 tergadai, ku sangkakan dia benar2 menyayangiku rupanya aku silap dia kongkong aku ibarat buruh simpanan.. yang sering dimaki hamun olehnya.. setiap kali dia membuat panggilan telefon dan berjumpa denganku.
2- Cinta Kolej
           Di kolej aku mempunyai seorang abg angkat yang dikenali sebagai abg R, pada mula aku mmg bencikanya mane taknya muka bengis cam nak makan org, tapi demi kawan baik aku "I" yang ingin menjadi adik angkatnya akupun terimala beliau menjadi abg angkat ku, tapi dalam tak sedar dia menjadikan "I" sebagai batu loncatan untuk mendekati dengan diriku, lalu diala menjadi hero aku untuk membebaskan ku dari sangkar yang telah dicipta oleh "N" untuk ku. lalu tidak lama selepas itu aku menerima abg angkat ku menjadi kekasihku, hubungan kami terjalin selama 2tahun, tapi malang percintaan kami musnah oleh kerana "abg R" tidak boleh hidup tanpa awek disisinya. ini kerana beliau tamat belajar terlebih dahulu dari aku, dan kami menjalani PJJ "Percintaan Jarak Jauh" aku pegang nasihatnya bahawa "PJJ" kenala...ada kepercayaan kesetian dan kejujuran yang kuat.. namun sebaliknya berlaku dipihak "abg R" masa tu hanya allah je yang tahu.
3 - Cinta Muda
           Setelah kegagalan berlaku.. aku tergebak plak cinta muda yang semuanya lelaki muda pada aku dari 1thun hingga ke 3 tahun, pada mulanya aku sangkakan ok.. rupanya lagi teruk, dhla aku ni childish dapat plak BF yang kebudak2an. n aku sentiasa terkongkong dh tidak bebas melakukan sebarang aktiviti termasuklah aktiviti tmpat kerjaku.. mane kan mungkin aku mampu bertahan.
4. Cinta Terakhir (Mungkin)
          Finally kini ku bertemu lagi dengan percintaan, ini ku panggil "R", aku mengenalinya melalui laman social, dan kami berkenalan dan menjadi rapat.. akhirnya cinta kami berputik dan ada perasaan sayang antara satu sama lain. kalo kengkawan nak tahu "R" ni memiliki ciri2 idaman aku, cuma satu jer masalah dia nie, bab puan,,,, fuhhhhh kaki melayan sekali tgk dah cam player (tp lebih baek tunjuk dapan2), dan tak pandai tunjuk kasih sayang dia.. kekadang membuatkan aku tak percaya akan cinta n sayang dia, mana taknya dh cam player,.. kalo ikotkan dulu aku mmg trust gile "R" tapi disebabkan pada suatu ketika tu dia dh hancurkan kepercayaan tu,,.. so sekarang baru nk build balik kepercayaan tu perlahan2.. so hopely dia leh berubah la.. andaikata dia menjadi teman hidupku...



p/s...
 tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.

No comments: