Thursday, July 5, 2012

Disebalik Lirik Sudah Cukup Sudah


‘Sudah Cukup Sudah’ yang semakin mencipta populariti di Malaysia merupakan lagu dari kumpulan band seberang iaitu Nirwana. Lagu ini cukup memukau pendengarnya, terutama kami sendiri yang mengaku seringkali mendengar lagu yang asyik dan gratis ini.
Manakan tidak, disebalik lagu yang merdu dan syahdu nyanyian band Nirwana, terselit satu kisah yang menyayat hati. ‘Sudah Cukup Sudah’ mengisahkan tentang perjalanan kehidupan sahabat mereka yang membunuh diri akibat putus cinta suatu masa dahulu. 
Akibat kekasihnya yang curang bersama dengan lelaki lain, sahabat kepada band Nirwana ini telah mengalami kekecewaan yang amat mendalam selain menangis setiap malam. Dari situlah terkeluarnya perkataan  “sudah cukup sudah… biarlah aku pergi saja,”yang diluah oleh lelaki itu.
Salah seorang ahli band Nirwana, iaitu Denis berkata, mereka cukup sebak ketika merakamkan lagu ini dahulu. Beliau sendiri pernah menitiskan air mata dan merasakan lagu ini sangat bermakna bagi kumpulan Nirwana secara peribadi.
Denis juga berharap, apa yang dilakukan oleh sahabatnya itu, tidak dicontohi oleh mana-mana peminatnya, beliau tidak mahu seseorang menamatkan kehidupan kerana masalah putus cinta sahaja.
Bagi kami, kisah yang terselit di dalam lagu ini sungguh tragis, namun sebagai manusia biasa, apalah kiranya kita seringkali berserah kepada pencipta jika dilanda masalah, bukan kah lebih tenang dari membunuh diri? Nasihat kami, hargailah diri sendiri, kerana dirimu begitu berharga, #Eh iklan la pulak

No comments: