Thursday, November 10, 2011

7 Perkara Kukuhkan Hubungan Cinta


Ramai orang yang  bercinta dan ramai juga yang kecewa. Tapi siapa pula kata tak ramai yang bahagia dalam bercinta? Ramai juga. Tak percaya cuba kira. Orang lain nak bercinta, kita pun teringin juga. Tapi bukankah cinta itu fitrah manusia. Kalau nk ditahan-tahankan perasaan tu, mau gila jadinya. Tambah-tambah lagi orang yang kita sayang berada di depan mata, hampir disisi kita. Itulah sebabnya ramai yang kelam-kabut dalam percintaan dan perhubungan. Dalam fikiran mereka cuma fikirkan ‘bahagia’ ‘gembira’ dan ‘best giler‘ tapi jarang-jarang sekali terbit difikiran mereka,  ‘sabar’, ‘pengorbanan’ serta ‘duka dan derita hadapi bersama’. Bila minda dan hati tak bersedia, maka cinta yang dibina mudahlah luntur warnanya. Baru diuji sedikit, bagai tsunami jadinya. Yang jadi korban, diri sendiri juga.
Saya tak mahu berceloteh panjang, tapi 7  perkara di bawah mampu menjadikan hubungan cinta anda lebih kukuh, lebih bahagia, lebih ‘syok’ dari sebelumnya!:

1. Kasih Sayang dan Cinta Yang Sebenar-benarnya
Cinta jangan hanya kerana nafsu. Biasanya cinta kerana nafsu ini adalah cinta yang terbit dek kerana terpesona dengan kecantikan rupa. Bukannya tak boleh jatuh cinta dengan si tampan dan jelita, namun cubalah mencintai dirinya bukan hanya pada ketampanan atau kejelitaannya saja. Nak tahu sama ada anda ikhlas atau tidak, cuba anda tanya pada diri anda sendiri. Apabila tiba suatu masa dirinya sudah tidak begitu cantik atau menawan, adakah cinta anda padanya tidak pudar walau sedikitpun? Apabila dia sudah tidak begitu berharta, adakah anda sanggup mencintainya dan berada disisinya? Jika jawapan anda YA! Tahniah, kawan. Anda benar-benar pecinta yang tegar sejati!

2. Memberi dan Menerima
Memberi dan menerima atau ‘give and take’ dalam percintaan adalah sesuatu yang ‘menghidupkan’ perhubungan. Erti memberi itu luas. Bukan hanya memberi hadiah saja. SMS, kata-kata cinta, pujian, pertolongan, dan sebagainnya itu juga adalah memberi. Pihak yang menerima pula PERLU pandai menghargai apa saja yang diterima dari kekasih hatinya dan pandai pula membalasnya. Tunjukkan padanya yang anda benar-benar menghargai pemberiannya. Kadang-kadang, ucapan ‘terima kasih’ atau ‘thanks’ saja tidak memadai. Bayangkan anda beriya-iya , dengan susah payah membantu pasangan anda atau membelikan hadiah untuknya, lalu dia membalasnya dengan ucapan “terima kasih” dan itu saja! Tiada pujian, tiada senyuman, tiada kata-kata penghargaan. Oh, hambarnya! Ingat, anda perlu saling memberi dan tahu pula adab menerima. Jangan berat disebelah pihak saja. Jika anda sering merasakan dalam hubungan, seperti anda yang selalu ‘lebih-lebih’ sedangkan si dia ‘rilek’ saja, nampaknya ada yang tak betul dalam percintaan anda berdua. Mungkin si dia tidak ‘begitu’ mencintai anda. Anda faham maksud saya?

3. Saling Bekerjasama
Sejauh manakah anda dan pasangan anda dapat bekerjasama dengan baik?  Pasangan yang ideal dan bahagia selalunya ialah mereka yang bersatu-padu, saling bantu membantu, ibarat kata pepatah, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing‘. Mereka umpama sahabat yang paling akrab yang sering bersama-sama berganding bahu dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan rintangan. Pasangan yang baik adalah mereka yang tidak membiarkan pasangan mereka terkontang-kanting sendirian dalam kesusahan dan kesedihan, apatah lagi membina dan mempertahankan mahligai cinta sedangkan disebalah pihak hanya lepas tangan. Kalau anda nak tahu, ini namanya bertepuk sebelah tangan. Jika anda rasakan pasangan anda amat sukar untuk memberi kerjasama, apalagi untuk memahami perasaan anda yang inginkan bantuan, cubalah berbincang dengannya dengan baik. Jika si dia masih tidak berubah, mungkin ini masanya untuk anda angkat kaki dan ‘blah‘!

4. Gurau Senda dan Lawak Jenaka
Hiasi suasana hubungan anda dengan gurauan dan lawak jenaka. Kalau serious saja, mau tak jemu jadinya. Kalau anda mempunyai pasangan yang sentiasa serious, yang berlagak ‘professional‘ setiap masa, mengaku saja yang anda mula ‘bosan’ dan ‘penat’ dengannya. Ingat, walaupun anda boss di tempat kerja, anda masih manusia yang perlu pada gurau senda. Tak perlu kekal bermuka dan beperwatakan serious sepanjang masa. Walauapapun, saya tak suruh anda jadi pelawak. Gurauan dari anda, cukuplah sekadar mampu mengukir senyuman di wajahnya dan menjadikan dirinya terhibur. Buat para lelaki, orang perempuan memang suka pada lelaki yang mempunyai sense of humor!

5. Fikiran positif
“Kenapa lambat balas sms aku?” “Kenapa tak sms aku, tak ingat kat aku ke?” “Esok hari jadi aku, tapi dia macam buat tak tau je..” Jika anda berada dalam situasi seperti ini dan terus berfikiran negatif, saya ragu kalau hubungan cinta anda akan berpanjangan. Percintaan yang diselubungi oleh prasangka buruk dan fikiran negatif sangat payah untuk terus berdiri. Andai terdapat perkara yang anda ragukan atau sesuatu yang membuat anda rasa ‘tak puas hati’ minta saja penjelasan darinya dengan cara yang baik. Jika anda benar-benar sayangkan hubungan anda, cubalah berfikiran positif. Fikiran positif bukan saja dapat menyelamatkan hubungan anda, tapi mampu menjadikan hidup anda lebih ceria dan gembira.

6. Ada Matlamat
Dalam percintaan anda perlu mempunyai matlamat yang jelas. Ke mana anda mahu bawa bawa hubungan anda? Bagi yang belum berkahwin, anda harus menetapkan PERKAHWINAN sebagai matlamat percintaan anda. Ada orang bercinta separuh nyawa tetapi tidak pernah terfikir untuk berkahwin. Duhai adik-adiku, para remaja sekalian, adakah anda begitu? Bercinta dalam usia yang terlalu muda sebenarnya sangat mencabar. Kemungkinan besar cinta yang dibina bakal berakhir separuh jalan (mungkin juga suku). Selagi anda tidak menetapkan matlamat yang jelas bagaimana anda mampu membawa percintaan anda ke jinjang pelamin, tiada siapa dapat menjamin hubungan anda akan berpanjangan.
7. Memiliki Hati Yang Bersih
Memiliki hati yang baik, suci dan bersih bukan saja satu kemestian dalam percintaan, tetapi juga dalam kehidupan. Dalam hubungan percintaan, pelbagai sikap dan sifat buruk boleh terbit dan terbentuk akibat hati yang tidak bersih. Ego yang tinggi, panas baran, angin tak tentu pasal, degil dan keras hati, sombong dan bongkak, zalim, cinta nafsu, semuanya ini berpunca dari hati yang kotor. Kes main kayu tiga, cinta beralih arah atau curang dalam percintaan adalah antara kesan daripada hati yang tiada ‘nur’. Sejauh manakah anda dalam hal ini? Bagaimana anda melihat diri anda sendiri? Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya. Bersihkanlah hati anda, sentiasalah perbaiki kelemahan diri. Masih belum terlambat untuk anda berubah menjadi lebih baik. Namun, jika anda merasakan anda memang ‘OK’, bagaimana dengan pasangan anda? Ingat, bila bercinta, hati mau baik!
Itulah 7 perkara yang saya rasakan yang menjadi tonggak kekuatan pada hubungan percintaan, berdasarkan ilmu dan pengalaman. Tak semestinya betul, namun jika tiada salah satu dari 7 perkara tadi, mungkin boleh meletakkan hubungan cinta anda dalam keadaan yang tidak selamat. Semoga apa yang saya kongsikan, dapat menjadi manfaat buat diri saya sendiri dan sudah tentu pada anda semua. Saya juga doakan semoga anda dikurniakan pasangan hidup yang baik dan membahagiakan. Amiin..

**********************************************************************************************
tanpa ku sedari kini diriku berada di no5. baru ku sedar bahawa Negative thinking akan meretakkan lagi hubungan jika ia berterusan.. berdasar kata-kata dan langkah2 tersebut aku harus meperbaiki diri aku agar buang akan Negative Thinking aku... Ya, aku sedar setiap insan yang bergelar MANUSIA ada melakukan kesalahan.. Namun aku harus berubah agak tidak sentiasa memikirkan Negative terhadapnya setiap kali... ini kerana setiap Insan yang berada di Muka Bumi ciptaan ALLAH ini ada kelemahan memasing dan mereka juga boleh berubah bila tiba masanya... Ya'allah kenapala aku nie tak beri peluang padanya n mempercayai padanya bahawasanya dia telah banyak berubah demi AKU.....

p/s:- BUAT DIRIKU
 ----> Wahai Natasha ko harus berfikiran Positive serta buangkan sifat Negative mu itu, kerana sikap Negative kamu itu akan menyiksa JIWAnya dan juga JIWAmu sendiri wahai TASHA....  ko kena igt,,,, kata2 mu sendiri " KO DAH BESAQ SEPATUTNYA PNDAI Berfikiq jangan JADI CAM BEBUDAK, WALAUPUN KELAKUAN MU SEPERTI BEBUDAK TAPI KO HARUSLA..... BERFIKIRAN MATANG.... JANGAN JADIKAN KENANGAN SILAP UNTUK MENILAI SESEORANG ITU BURUK,, SEBAB SETIAP INSAN BOLEH BERUBAH MENGIKUT KEADAAN.............!!!!!!!

-----> U CAN DO IT "NURUL NATASHA BT AALI"

-----> JADIKAN PERKARA KE 5, ITU UNTUK MEMPERBAIKI KELEMAHAN DAN KESALAHAN DIRIMU

Pening....Nak Lawakan Blog

Perghhhhhh....
Hari nie aku rasa stress sangat, waktu nak update blog punya layout.. sebab igt nak tryla design bagi lagi menarik n menawan.. punya la.. blaja wat slideshow tapi asyik tak berjaya je...

eeeeeeeerrmmmmmm GERAMnya.....

boleh tak sesiapa kat sini yang ajak tasha wat slideshow....

:((.....:((

Friday, October 21, 2011

Saya rela undur diri untuk lihat dia bahagia

 BILA PEREMPUAN MENANGIS




Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan ...menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

HZ COPYPASTE

Friday, October 14, 2011

Da...da..li (Disaat aku mencintai mu)

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu

Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku

Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku

Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Saturday, October 8, 2011

Bertemu Kembali

hai kengkawan dah lama kite tak bersuakan.. al maklumla.. semua org dok sibuk ngn open house sana sini.. termasuk la ngn saya nie...
ermm mane tidaknya sepanjang bulan syawal tahun nie.. jadual saya penuh dengan program rumah terbuka dan kenduri kawen.. dalam sedar tak sedar rupanya dah ramai teman2 saya dah sampai ke jinjang pelamin..
tinggal aku sorang jer dok kat sini lagi.. kekadang terasa sunyi sangat sebab banyak aktiviti dah terbatas sebab kengkawan semua dah kawen n ada kehidupan mereka sendiri.. tapi apakan daya dan itula lumrah kehidupan kini..

Actually bukan nak cerita pasal  sambutan raya sangat..

Actually kat sini saya terasa nak luahkan suatu perasaan yang sering bermain di fikiran serta hati saya.. sejak dua menjak ni makin kuat perasaan sayang n rindu tu datang terhadap "KAWAN-KAWAN" lama saya.. baek yang berada di Kedah mau pun di penang..

Bagaimanakah keadaan mereka sekarang ye????? adakah sehat.. tapi yang aku pasti mereka pasti sedang bergembira bersama suami/Isteri dan anak2 tercinta... walaupun saya amat merindui mereka semua.. tapi saya sedar diri saya udah jauh dari sisi mereka dan udah tidak seiring dalam bab2 perbualan.. mane tidaknya semua dah berumahtangga n dah menjadi ibu dan bakal ibu..

Apa sekali pun aku tetap merindu saat kite semua BUJANG dulu... sebab saat tu tak de perbezaan status dah topik perbualan,,, walaupun pada zahir ku seperti membawa diri serta menjauhkan diri namun hati ku tetap sayang dan MERINDUI kamu teman..

"LOVE U ALL..... IF MISS ME, I HOPE U OLLS CAN ARRANGE ANY GATHERING..."