Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Tuesday, December 20, 2011

Kau Yang Terakhir Buat Ku... :p

salam....buat kengkawan blogger....

kat sini saya nak berkongsi cerita mengenai CHinta... misti kengkawan nak tahukan.............
ceritanya takdela.. indah sangat,, hanya sekadar cerita.....

ramai org kata, bahawa bertuahnya bila perempuan menjadi cinta terakhir pada seorang lelaki..
dan bertuahnya lelaki itu bila dapat menjadi cinta pertama bagi seorg gadis ... BENARKAH begitu???

Tapi bagi saya ada kemungkinan ianya benar, kalo berdasarkan pengalamaan... sebab org perempuan nie cepat sangat akan berfikiran negative dan terasa dirinya dipermainkan oleh pasanganNYA.., bukan apa, ini semua kerana pengalaman PAHIT yang DIA terima pada chinta pertama atau selepasnya. Kekadang ramai lelaki salah anggap bila KEKASIH diaorg selalu berpikiran negative n cepat terasa bila dia abaikan... bagi org perempuan nie.. dia susah nak forget benda yang telah melukakan HATI dia dulu.. sebab dia takot sangat benda tu berulang Kali.....

==== tetapi wahai Kaum ADAM usahla korang takot untuk menjadi cinta terakhir seorang Gadis... sebab perempuan nie tak kisah cintha pertama atau terakhir, bila hati dah sayang maka dia tak kan berpaling ke arah lelaki lain.. kerana hatinya terlah terikat dengan sesorang.========


Bagi Lelaki:
saya tak berani nak komen.. sebab saya bukan lelaki.. maka harap lelaki dapatla,, bagi serba sedikit komen ye......

Mari kite berkongsi kisah nie...:-

1/ beruntungke jadi chinta pertama atau terakhir seorang lelaki
2/ Manakah lebih memberi makna menjadi chinta pertama atau terakhir seorang Gadis.

Friday, October 21, 2011

Saya rela undur diri untuk lihat dia bahagia

 BILA PEREMPUAN MENANGIS




Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan ...menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

HZ COPYPASTE

Wednesday, May 18, 2011

Luahan

disini aku ingin berkongsi pandangan dan pendapat mengenai perhubungan antara dua hati insan yang bergelar kekasih...
semua org tahu terjalinnya ikatan cinta apabila dua hati bersatu dengan perasaan kasih sayang antara satu sama lain. seperti aku juga sebagai manusia biasa sudah pasti ada hati dan perasaan.
ramai org kata cinta itu indah tapi ada masa bagi aku cinta tu pahit sangat bak hempedu... ini kerana pengalaman cinta silam ku yang amat perit dh pedih sekali.. misti kengkawan nak tau citekan... okla... start pada mula2 aku merasakan cinta monyet.
1- Cinta Monyet (pd usia 18)
          pada usia ni aku tak tahu apa erti itu cinta, n banyak ku korbankan demi cinta aku ni padahal aku pun taktahu seikhlas mana cinta lelaki tersebut so aku just letak namanya "N". untuk pengetahuan kengkawan N ni berasal dari langkawi dan kami berkenalan pada usia aku 16. actually si "N" ni dulu seorang penuntut kat IKM sg.petani jurusan elektrik domestik.. dia ni punyala minat kat aku n tackle aku sampai usia aku 18, sebab selagi masih beruniform sekolah mak abah tak bagi aku bercinta, n pada tu aku igt cinta tu akan berakhir ngn perkahwinan rupanya aku silap... N masih ada GF lain di langkawi, sepanjang dia bercouple ngn aku dalam 6bulan banyak RM aku melayang dan len2 tergadai, ku sangkakan dia benar2 menyayangiku rupanya aku silap dia kongkong aku ibarat buruh simpanan.. yang sering dimaki hamun olehnya.. setiap kali dia membuat panggilan telefon dan berjumpa denganku.
2- Cinta Kolej
           Di kolej aku mempunyai seorang abg angkat yang dikenali sebagai abg R, pada mula aku mmg bencikanya mane taknya muka bengis cam nak makan org, tapi demi kawan baik aku "I" yang ingin menjadi adik angkatnya akupun terimala beliau menjadi abg angkat ku, tapi dalam tak sedar dia menjadikan "I" sebagai batu loncatan untuk mendekati dengan diriku, lalu diala menjadi hero aku untuk membebaskan ku dari sangkar yang telah dicipta oleh "N" untuk ku. lalu tidak lama selepas itu aku menerima abg angkat ku menjadi kekasihku, hubungan kami terjalin selama 2tahun, tapi malang percintaan kami musnah oleh kerana "abg R" tidak boleh hidup tanpa awek disisinya. ini kerana beliau tamat belajar terlebih dahulu dari aku, dan kami menjalani PJJ "Percintaan Jarak Jauh" aku pegang nasihatnya bahawa "PJJ" kenala...ada kepercayaan kesetian dan kejujuran yang kuat.. namun sebaliknya berlaku dipihak "abg R" masa tu hanya allah je yang tahu.
3 - Cinta Muda
           Setelah kegagalan berlaku.. aku tergebak plak cinta muda yang semuanya lelaki muda pada aku dari 1thun hingga ke 3 tahun, pada mulanya aku sangkakan ok.. rupanya lagi teruk, dhla aku ni childish dapat plak BF yang kebudak2an. n aku sentiasa terkongkong dh tidak bebas melakukan sebarang aktiviti termasuklah aktiviti tmpat kerjaku.. mane kan mungkin aku mampu bertahan.
4. Cinta Terakhir (Mungkin)
          Finally kini ku bertemu lagi dengan percintaan, ini ku panggil "R", aku mengenalinya melalui laman social, dan kami berkenalan dan menjadi rapat.. akhirnya cinta kami berputik dan ada perasaan sayang antara satu sama lain. kalo kengkawan nak tahu "R" ni memiliki ciri2 idaman aku, cuma satu jer masalah dia nie, bab puan,,,, fuhhhhh kaki melayan sekali tgk dah cam player (tp lebih baek tunjuk dapan2), dan tak pandai tunjuk kasih sayang dia.. kekadang membuatkan aku tak percaya akan cinta n sayang dia, mana taknya dh cam player,.. kalo ikotkan dulu aku mmg trust gile "R" tapi disebabkan pada suatu ketika tu dia dh hancurkan kepercayaan tu,,.. so sekarang baru nk build balik kepercayaan tu perlahan2.. so hopely dia leh berubah la.. andaikata dia menjadi teman hidupku...



p/s...
 tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.

Monday, February 21, 2011

Putik-Putik...... Cintun

disini aku nak share kisah diri aku buat sehari dua ni..
aku ada mengenali sesorang yang mukanya scary sangat.... padamulanya aku takot sangat nak jumpa n mengenalinya dengan lebih dekat.. bukan apa.. muka scary giler cam nak makan org... tapi one day hati aku tergerak untuk mengenali c mamat scary ni dengan lebeh dekat lagi.. tujuan sebenar untuk membincangkan xtvt untuk workout.. tapi entah kenapa tetiba hati aku tertarik dengan sifat dalamannya,, bab kata MUKA GANAIH tp DALAM HATI ADA TAMAN n KUPU2..
aku cuba untuk mendalami dan mengenali beliau dalam satu masa... akhirnya aku berjaya mengenali dirinya yang sukar untuk org fahami.. sebenarnya dia nie org yang mudah untuk difahami kalo kena dengan cara.. orgnya simple, nice... baik... romantik but more important GILE2........... kekadang aku pun heran camner aku boleh sukakan jejaka scary ni... dimanakah yang aku tertarik..banyak kali fikir... patutkah aku sukakan dia... sebab baru je mengenalinya....
Malam Jumaat lalu tetiba aku dapat igaun yang kurang selesa... di kepala siapa harus ku hubungi sekarang dah jam 245pg... lalu hati ku berkata apa kata ko hubungi the scary man.. walaupun takot kena marah tapi aku tetap memberanikan diri.....Sejak dari malam tu,.. hati aku makin kuat menyukainya... ..
Lagipun sedikit sebanyak aku suka perwatakkan scaryman... iaitu happy go lucky, sporting, understanding...

p/s: tunggu sambungan akan datang mengenai PUTIK=PUTIK cintun///