Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Friday, October 21, 2011

Saya rela undur diri untuk lihat dia bahagia

 BILA PEREMPUAN MENANGIS




Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan ...menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

HZ COPYPASTE

Thursday, March 31, 2011

Sejenak

Hari nie aku rasa cam letih sangat, mata cam dah tak larat sangat nak bukak awa pagi tadi... kenapa aku leh jadi lazy sangat ni. ermmmmm

Hari ni aku nak sharekan perasaan aku untuk hari ni plak, kemarin aku adala..post something kat wall FB aku tentang perasaan aku bila aku dapat tahu "SCANDAL" Mr Scary dah mula jatuh hati ngan dia., by da way igt tak nak la jelez sebab Mr.scary tak pernah nak sorok apa2 pun kat aku, semua dia cite... No Secret between our relationship, tapi entah kenapa tetiba hari tu aku jadi sensitif sangat sampai keadaan aku berubah dari seorang yang talkative menjadi seorang yang amat pendiam.. Mungkin bagi kengkwan rapat ku  akan ketahui mengapa tetiba seorang remaja yang banyak cakap tetiba jadi pendiam(remaja lagi ke aku nie).

Actually kalo tetiba aku ni jadi pendiam Normally ada beberapa alasan tersendiri, kengkawan blogger nak tahu tak apa alasannya, kalo nak tahu kat sini saya share ngn kengkawan blogger ye,,,:=
           alasan-alasannya
  1.    Merajuk atau terasa hati
  2.    Tak Sihat
  3.    Boring(hangout with somebody yang cukup bohsan)
  4.    Dalam Kesedihan
  5.    Stress.
  6.    Mengantok
hahahahah tula. 6 perkara kalo kengkawan blogger nak tahu kenapa saya akan berubah dari seorang yang cukup ramah tamah jadi pendiam seribu kata..Jadi bukan susah pun kalo nak tahu kenapa tetiba saya jadi pendiam............

Hehe tapi untuk pengetahuan kengkawan bukan senang nak bagi saya ni jadi seorang yang pendiam tau.......                         

Ok sekarang kite kembalik pada topik perasaan saya bila dapat tahu tentang perasaan scandal scary terhadap dia... Actually pada mulanya terasa cam nak nangis n mungkin akan kehilangan dia, tetapi bila difikirkan balik sedalam2nya, apa sekali pun kite kena usaha untuk kekalkan perhubungan yang SUCI nie.. bukan apa, kerana dalam Hubungan SUCI ni kite perlukan kesetiaan/kejujuran/keikhlasan/dan kepercayaan... maka dengan itu aku cuba lawan perasaan yang sering belenggu aku tu.....

Akhirnya aku berjaya mengatasi perasaan itu,dan kepercayaan aku pada MR. Scary masih kukuh cam dulu dan tak pernah berkurangan, bila difikirkan balik kalo btol dia ada niat untuk lukakan hati aku, misti dia akan sembunyikan cerita ni pada aku..

Khas buat Mr.SCary........
  Untuk Makluman anda, Kepercayaan saya terhadap kamu masih camtu dan perasaan saya terhadap awak tak penah berkurangan pun..... I akan pertahankan relationship kite ni,,, setiap hubungan sudah pasti ada dugaan2 yang datang untuk menguji akan kesetiaan/kejujuran kite dalam perhubungan,,,......

Wednesday, March 30, 2011

isi hati

Semalam 29/03 adalah merupakan hari aku yang paling tak sangka yang hati aku akan ada perasaan cemburu yang cukup dasyat.. Entah kenapa tetiba perasaan tu nak kena ada antara hubungan aku ngn Mr. Scary sedangkan aku dh berjanji taknak ada cemburu atau apa dalam perhubungan kami..

Tapi semalam merupakan hari yang paling sunyi bagi ku, kerana aku tak mampu untuk berkata2 sebab otak aku ni dah berputar2 memikirkan apakah penghujung hubungan aku dengan Mr.Scary,.pada waktu itu aku memikirkan apakah tindakan yang harus aku amik supaya tidak salah amik... a- melarikan diri, b- pendamkan rasa, c- terus cemburu, d-menyepi tanpa kata???

Namun aku telah amik keputusan untuk pendam rasa pada mula,, namun bila aku berfikir balik baek aku dgn Mr. Scary berterus-terang apa yang tak puas hati dalam perhubungan kami, so aku ngn lantangnya menyuarakan isi hati aku yang aku jeles, bila dapat tahu "SCANDAL" dia tu telah mula jatuh hati n menyayangi dia... malah untuk pengetahuan blogger aku pun sayang sangat kat yang teramat sangat.. bukan sebab dia kacak, kaya atau apa......... aku sayangkan Mr,scary ni sebab perangai dia yang gila2, happy go lucky sangat....

Tapi bila aku tgk Scandal dia pun dah mula sukakan dia, hati kecik aku berkata bahawa aku mungkin akan kehilangannya suatu hari nnt, tapi apa boleh buat melenkan bagi kepercayaan serta berserah kepada ALLAH untuk tentukan jodoh kami,, kalo dia adalah JODOHku yang telah ditetapkan, walau seburuk manapun dia ttp akan kite miliki amin...


"Sonsuza kadar aşk העזרי

Tuesday, March 29, 2011

Skandal..... Harus Kah Berskandal...........OMG, Katakan TIDAK

Skandal... ramai org kata seronok bila ada scandal reramai ni.. senang, tak payah nak komit..
tapi mungkin tidak bagi aku, kerana hati aku telah dimiliki oleh seseorang yang cukup teristimewa,, tapi bukan ini yang nak aku ceritakan..

Disini aku nak kongsi pengalaman pertamaku berskandal dengan seorang lelaki yang cukup menyeramkan.. kalo tgk pada riak wajah tak sangka dia seorang lelaki yang cukup RAKUS dan menyeramkan,kengkawan mesti nak tahu kenapakan. Pada 24/03/11 aku keluar ngn sorang mamat ni yang boleh dikatakan scandal aku la, actually hati ni mmg dah berbelah bahagi samada hendak keluar atau tak dengan mamat nie.. tetapi bagi aku scandal tu just like frez tapi mesra takkan dia nak lebih2 kot, tapi yang aku tak sangka dia tergamak cuba menodai aku dengan meraba aku ngn keadaan yang cukup Rakus,,,,,no..no,, aku bukan puan murahan yang senang untuk dia cuba amik kesempatan untuk meraba2 la.....

Tula org nak ada scandal ko pun nak ada skandal sekali nah amik hang, padan ngn muka aku, dh tau diri tu tak pandai nak ada skandal gatai nak berscandal jugak... amik ko sampai demam2 hahahahhaha... kelakar tol la aku ni... so aku berjanji pada diri aku yang aku takkan ada scndal lagi dh,,, n biarla.. org len nak berskandal asalkan bukan aku,, sebab bagi aku SCANDAL ni lagi menakotkan.....

oh no......no........ No MORE SCAnDAl in MY life...

Thursday, March 24, 2011

hati Oh Hati

ermm aku sering,memikirkan masa akan datang dan camnerla.. kehidupan aku akan datang..
mana taknya usia aku makin lama makin bertambah... Bulan 8 jer usia aku dh bertambah ke satu angka lagi..
tapi cam mmber aku aku usia hanya pada angka.. yang penting still awet Muda n childish.
aku selalu berdoa pada allah agar temukan aku pada sesorg yang benar2 untukku....
sebab aku ni selalu gagal dlm percintaan so kalo boleh aku harap sangat aku akan dapat lelaki yang tol baek kan,. n leh masuk geng baru besh/.. n kekal selamanya

Monday, March 7, 2011

Jiwa Kaco...

hari ni merupakan hari isnin...
tapi aku sendiri heran kenapa hari ni aku rasa jiwa aku cam ada something wrong..
kjap happy, kjap murung, kjap sedey,,,  nak kata ada salah faham ngn Mr. Scary takdela.. plak..
nak kata bergaduh ngn kawan ada juga,,, hari jumaat lepas angin btol aku ngn minah sorang tu,.,.
kekadang aku rasa cam nak nangis...
Yaallah ta tuhan ku... ko kuatkan semangat aku,,, sebab aku heran kenapa fikiran n perasaan aku berkecamuk camni sekali,,,
Ohhhh No,.. i really dont one this feel, sebab dia mmbuatkan aku jadi tak tentu arah...
ermmmm adakan disebabkan emosi hornmon aku berlaku perubahan,,,
ermmmm takpela... aku pun nak karang panjang pun emosi tak berapa nak balance...
malam ni kite sambung lagi cerita pasal family day..

Monday, February 14, 2011

GEMUK vs KURUS

hai kengkawan... sorry lama dah tak update blog ni... al maklumla.. banyak public holiday n tak de story nak cite..?
semalam 13/2 setelah pergi ker PAMERAN PENGANTIN tu terasa diri ni cam gemuk sangat.. almaklumla... bila tgk baju2 pengantin tu cantek-cantek je.. terasa plak diri ni cam tak layak nak pakai sebab badan sekarang dah GEMUK sangat.. rasa cam sedey je bila amik gambar tgk bentuk badan ... fuhs.. tak tahan GEMUKNYA aku,... ohhh aku terasa cam bernekad nak turunkan berat badan aku..
BIla aku belek album2 lama... ahhhh tidak rasa cam nak menangis pun ada bila tgk berat badan naek yang cukup mendadak.... kekadang aku terfikir kenapa badan aku leh nek mendadak ni.. dah cam belon dah..
bab kata mak aku... ha badan dah besaq cam tong dram... oooo nonono...
 kalo kengkawan nak tahu aku ni dah cam2 product aku cuba tapi semuanya GAGAL tak tahu la.. nape???
aku dah pergi PUSAT SLIMMING(LWM),, HBL pun dah, JM5 pun dah, ubat doktor DURAMINE pun dah.. tp............ KESANnya langsung tak memberangsangkan.. nak kata aku ni kuat makan pun tak jugak...
tapi entahla.. maybe HORMON atau pun medabolisma badan aku ni dah lemah atas unsur usia yang MAKIN meningkat........
tapi tak aku takkan putus asa,,, atas nasihat kawan baek aku.. aku akan cuba product JMD plak.. mane la. tahu kot2 mujarab kan.. nnt apa2 aku akan share ngn kengkawan lagi tau............

p/s:
     Sesiapa nak share pengalaman tinggal la.. komen ye..
     i need ur all support me....