Thursday, July 5, 2012

Luahan Perasaan Part1

Salam Kengkawan blog,

Pada mulanya kami, nak mintak maaf sebab dah lama sangat blog nie bersawang tanpa sebarang story
about myself or about my relationship..

Actually, luahan nie sekadar untuk mendapatkan pandangan dan nasihat dari pembaca2 blog nie,,
dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang mati.... saya nak share dengan kengkwan
jiwa kite menyayangi seseorang harus ke kite memberikan kepercayaan kepada dia 100% dan Harapan
setinggi gunung Everest..

" Ini Kerana kalau bagi saya yang 10tahun lalu atau setahun yang lalu.. yezzz... bagi saya dalam hubungan
memerlukan kepercayaan 100% dan harapan yang dia milik kite". Tetapi setelah pengalaman Pahit 11thun
lalu telah memberi impak yang besar buat saya untuk memberi kepercayaan 100% dan harapan yang
mengunung kepada Insan yang bergelar LELAKI".

Mana taknya, Selama 11tahun nie, sy dah bagi 100% kepercayaan n stinggi gunung everest harapan,, tapi apa yang terjadi.. semuanya menghancurkan kepercayaan dan  harapan saya tu.. apa yang telah terjadi tu saya terus nekad pada diri bahawa in relationship or frenship perlu kan kepercayaan dan ketidakpercayaan..
bukan niat nak bersangka buruk pada org.. tetapi demi untuk hati tidak disakiti atau dilukai...

Actually story nie bukan pasal percintaan shaja tapi ada kena mengena dengan talian persahabatan juga,,
selama ini, aku hanya mampus titisakan airmata aku yang tiada benteng untuk terus bertahan,, banyak benda yang aku sering tangisi antaranya,,,. bila aku kenangkan nasib aku nie,, kenapa aku sering diperlakukan sebegini..

p/s...
Tunggu sambungan...............

hope kengkawan boleh bagi komen n pendapat korang k

Disebalik Lirik Sudah Cukup Sudah


‘Sudah Cukup Sudah’ yang semakin mencipta populariti di Malaysia merupakan lagu dari kumpulan band seberang iaitu Nirwana. Lagu ini cukup memukau pendengarnya, terutama kami sendiri yang mengaku seringkali mendengar lagu yang asyik dan gratis ini.
Manakan tidak, disebalik lagu yang merdu dan syahdu nyanyian band Nirwana, terselit satu kisah yang menyayat hati. ‘Sudah Cukup Sudah’ mengisahkan tentang perjalanan kehidupan sahabat mereka yang membunuh diri akibat putus cinta suatu masa dahulu. 
Akibat kekasihnya yang curang bersama dengan lelaki lain, sahabat kepada band Nirwana ini telah mengalami kekecewaan yang amat mendalam selain menangis setiap malam. Dari situlah terkeluarnya perkataan  “sudah cukup sudah… biarlah aku pergi saja,”yang diluah oleh lelaki itu.
Salah seorang ahli band Nirwana, iaitu Denis berkata, mereka cukup sebak ketika merakamkan lagu ini dahulu. Beliau sendiri pernah menitiskan air mata dan merasakan lagu ini sangat bermakna bagi kumpulan Nirwana secara peribadi.
Denis juga berharap, apa yang dilakukan oleh sahabatnya itu, tidak dicontohi oleh mana-mana peminatnya, beliau tidak mahu seseorang menamatkan kehidupan kerana masalah putus cinta sahaja.
Bagi kami, kisah yang terselit di dalam lagu ini sungguh tragis, namun sebagai manusia biasa, apalah kiranya kita seringkali berserah kepada pencipta jika dilanda masalah, bukan kah lebih tenang dari membunuh diri? Nasihat kami, hargailah diri sendiri, kerana dirimu begitu berharga, #Eh iklan la pulak