Monday, February 21, 2011

Putik-Putik...... Cintun

disini aku nak share kisah diri aku buat sehari dua ni..
aku ada mengenali sesorang yang mukanya scary sangat.... padamulanya aku takot sangat nak jumpa n mengenalinya dengan lebih dekat.. bukan apa.. muka scary giler cam nak makan org... tapi one day hati aku tergerak untuk mengenali c mamat scary ni dengan lebeh dekat lagi.. tujuan sebenar untuk membincangkan xtvt untuk workout.. tapi entah kenapa tetiba hati aku tertarik dengan sifat dalamannya,, bab kata MUKA GANAIH tp DALAM HATI ADA TAMAN n KUPU2..
aku cuba untuk mendalami dan mengenali beliau dalam satu masa... akhirnya aku berjaya mengenali dirinya yang sukar untuk org fahami.. sebenarnya dia nie org yang mudah untuk difahami kalo kena dengan cara.. orgnya simple, nice... baik... romantik but more important GILE2........... kekadang aku pun heran camner aku boleh sukakan jejaka scary ni... dimanakah yang aku tertarik..banyak kali fikir... patutkah aku sukakan dia... sebab baru je mengenalinya....
Malam Jumaat lalu tetiba aku dapat igaun yang kurang selesa... di kepala siapa harus ku hubungi sekarang dah jam 245pg... lalu hati ku berkata apa kata ko hubungi the scary man.. walaupun takot kena marah tapi aku tetap memberanikan diri.....Sejak dari malam tu,.. hati aku makin kuat menyukainya... ..
Lagipun sedikit sebanyak aku suka perwatakkan scaryman... iaitu happy go lucky, sporting, understanding...

p/s: tunggu sambungan akan datang mengenai PUTIK=PUTIK cintun///

Saturday, February 19, 2011

PerCintaan,,,,,,

Kekadang aku heran kenapa setiap manusia akan ada sejarah tentang percintaan...
adakah percintaan dah kekecewaan adalah lumrah kehidupan manusia,,,bahawa manusia perlu alami luka dan duka untuk meneruskan kehidupan dunia ILLAHI..... yaallah kekadang aku pelik bila masuk telah berikan kite pasangan yang benar-benar baik serta menyayangi kite.. tetapi kite tak pernah hargai mereka.. dengan kasih sayang... OH MANUSIA kenapa ko tak pernah hargai kebahagian yang penah ko kecapi walaupun seketika...
Seperti aku yang penah mencintai serta dicintai... namun kekadang bila banyak kegagalan berlaku dalam persekitaran serta kehidupan aku rasa seperti REMAJA-REMAJA kini sudah jauh terpesong.. kerana percintaan hanyala.. satu perasaan yang tidak memiliki sebarang ikatan yang SAH... tetapi kenapa dalam percintaan harus ada sifat KONGKONGAN....kenapa... dalam ikatan percintaan tiada istilah.. berkawan, trust, dan setia....
Seperti aku banyak kali putus cinta dan kegagalan dalam percintaan.. ini kerana aku inginkan seorang lelaki yang benar2 mnyintai aku tetapi tidak melayan aku sebagai kekasih sebaliknya melayan aku sebagai kawan,,,, kerna aku benar2 mencari seorang lelaki yang memiliki thinking seperti AYAH aku... kerna AYAH aku selalu berpesan " ADIK KALO NAK CARI LELAKI N TAK NAK BOHSAN, CARILA.. LELAKI YANG SANGGUP ANGGAP KETIKA DALAM PERCINTAAN DIA ANGGAP ADIK KAWAN TETAPI ADA KESETIAAN SERTA KEPERCAAYAN, LEPAS DIIJADKABUL DIA AKAN ANGGAP ADIK SEBAGAI KEKASIH supaya hubungan cinta n sayang itu takkan lapok dizaman......

aku sentiasa berdoa kepada ALLAH swt agar temuakan aku kepada seorang lelaki yang memiliki sifat2 tersebut... sebab aku amat berharap akan temui lelaki begitu...
Jika Aku tak ketemui lelaki demikian aku rela... tidak memiliki cinta..............
dari aku menyintai LELAKI yang mungkin akan mengongkong aku.. dan membuatkan aku bohsan lebih baek aku idup tanpa CINTA MANUSIA>>> biarlah aku serahkan CINTA aku PADA ALLAH swt.........

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul...1432

Hari nie aku hanya duduk di rumah aje.. tak tahu nak g mane.. nak kuar pun rasa cam malaih sebab cuaca kat luar terik sangat panaihnya.. heheheh bukan apa takot cair.. bab kata org cam PUTERI LILIN la.. konon hehehehehe
Tetiba masa buat clearence nak kosongkan kotak2 lama tu terjumpa la.. gambar2 lama masa tgh comel ala2 Ayam Katik heheheheheh tetiba terus teringatkan kengkawan lama... kalo la...kami ni duk penang misti every week bertandang umah member2 al maklumla... sebab kengkawn semua dah ada family sendiri so bagi yang tak de komitmen lagi ni... apala... meronggengla... ke umah member yang dh ada family tapi tu kalo kami duk PENANG sebab member semua kat sana...

Untuk kengkwan yang mengenali diri ni... Tasha nak habaq kami selalu menrindui angpa.. walaupun jauh dimata namun angpa semua tetap dihati memori gembira n sedeh bersama waktu zaman study tetap in Memori tau.....
muaaaaaaahhhhhhhhhhh MY LOVELY Frez............












Supplement




kat sini saya nak berkongsi dengan kengkawan mana la tahu kot2 ada yang penah mencuba product kat atas ni...
hari nie merupakan hari pertama saya mencuba.. JAMU MAK DARA (JMD) dan JELITAYU (JT), pada mulanya teman Baek saya sarankan saya hanya mengambil JMD tetapi saya buat research dulu kat internet baca mana yang sesuai untuk badan saya yang makin debab bagaikan belon yang dipam...pam nie,
Lepas tu saya cuba la.. hubungi akak yang pernah mencuba product ni serta menjadi stokis product ni... memgikut pengalaman k.Azizah dia bagi tahu TEH HERBA ALHABSYEE ni tak dela.. cepat tindak balasnya seperti ubat2 kurus yang len..... tapi tetap menjadi cuma memerlukan usaha dan kesabaran kite.. lepas tu k.Azizah sarankan saya agar mencuba lipo-t bersama Teh Herba alhabsyee ni sekali.
Maka tanpa berlengah lagi sy terus ke AnGGERIK MALL shah alam untuk membeli product ni untuk menyelamatkan diri ku yang makin debab ni,

Mengikut Katalog dan Kenyataan yang terdapat dari en GoGGle... dua product ni berfungsi untuk:

LIPO - T (Jelitayu)
Sesuai Untuk Sistem Penurunan Berat badan Yang Lengkap Dan Berkesan

  • Memperbaiki sistem Penghadaman dan membersihkan Usus-- elok untuk sembelit
  • Mengeluarkan semua toksin dan air yang berlebihan dalan badan
  • Mencegah Sembelit dan Buncit.
Teh Herba Al Habsyee

Ramuan istimewa dan serasi Teh Herba Al-Habsyee kombinasi teh dan herba berkualiti yang inovatif ini memberikan kebaikan untuk tubuh luar dan dalam malah meningkatkan keupayaan daya sistem tahan tubuh. Ia adalah satu lagi produk berasaskan teh gabungan warisan sezaman, teknologi sains dan nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan semulajadi. Kesihatan dan kenikmatan hidup sempurna yang berkekalan dapat dikecapi melalui pengamalan gaya hidup sihat dan pemakanan tambahan yang efisyen. Teh Herba Al Habsyee berkhasiat untuk melancarkan peredaran darah, sebagai anti-oksidan, membantu mengurangkan masalah penghadaman, meningkatkan metabolisma badan dan membantu menurunkan berat badan.

Kayu Manis- Cinamomum Zeylanicum (Cinnamon)
Secara tradisionalnya kayu manis dapat memperbaiki pengaliran darah di dalam badan, membantu sistem pencernaan, membantu menurunkan kandungan gula berlebihan di dalam badan serta mengurangkan risiko penyakit diabetes. Oleh kerana itu ia dapat meredakan sakit perut, meningkatkan selera makan, juga mengurangkan simptom-simptom sebelum haid (PMS)seperti mengurangkan senggugut dan melancarkan aliran darah haid,

Buah pelaga-Amomum cardamomum (Cardamom)
Di barat gabungan pelaga dan bahan-bahan lain dapat memberikan kesan sinergi bagi membantu mengurangkan masalah sistem penghadaman dan melegakan masalah senak perut atau kembung. Ia juga memberi kesan aphrodisiac dan membantu mengawal masalah kegemukan.

Buah pala-Myristica fragrans (Nutmeg)
Kebaikan buah pala ialah meredakan kembung dan membantu merawat masalah cirit-birit, muntah dan loya.

Bunga Cengkih-Eugenia aromatica (Clove)
Dengan menghisap dua batang cengkih dipercayai dapat mencegah ketagihan alkohol.
Masyarakat cina secara tradisionalnya menggunakan cengkih untuk merawat masalah penghadaman dan cirit-birit, hernia dan masalah kulit yang disebabkan jangkitan kulat.
Manakala masyarakat India, di dalam rawatan ayurveda mereka merawat masalah pernafasan dan percernaan dengan bunga cengkih. Pakar Herba German menggunakan bunga cengkih sebagai campuran untuk merawat gout. American Eclectic physicians percaya cengkih dapat merawat masalah penghadaman. Selain itu bunga cengkih dapat melegakan muntah-muntah, loya, memberi kesan antiseptic dan analgesic; iaitu menghalang jangkitan mikroorganisma dan bertindak sebagai antidote penahan sakit. Bunga cengkih juga dipercayai mengandungi anti-oksidan yang baik.

Teh-Camellia sinensis
Kafein yang terdapat di dalamnya dapat membantu merawat asma, sebagai stimulant manakalan sebatian polyphenol bertindak sebagai antioksidan untuk merawat kanser, tumor dan menghalang platelet dari bergumpal yakni melancarkan aliran darah, serta mencegah saluran arteri dari mengeras. Kandungan tannin pula membantu merawat masalah cirit-birit juga meningkatkan metabolisme badan.

Halia-Zingiber officinale
Halia diketahui mempunyai ciri-ciri aphrodisiac malah dapat menghangatkan badan. Selain itu ia membantu mengatasi masalah penghadaman, menghilangkan loya dan muntah-muntah. Halia juga mempunyai ciri-ciri anti inflamasi untuk merawat arthritis, rheumatism, dan kejang otot. Kesan therapeutic pula dapat membuang toksin dalam sistem badan, melancarkan aliran darah, serta mencuci buah pinggang dan usus.

Monday, February 14, 2011

GEMUK vs KURUS

hai kengkawan... sorry lama dah tak update blog ni... al maklumla.. banyak public holiday n tak de story nak cite..?
semalam 13/2 setelah pergi ker PAMERAN PENGANTIN tu terasa diri ni cam gemuk sangat.. almaklumla... bila tgk baju2 pengantin tu cantek-cantek je.. terasa plak diri ni cam tak layak nak pakai sebab badan sekarang dah GEMUK sangat.. rasa cam sedey je bila amik gambar tgk bentuk badan ... fuhs.. tak tahan GEMUKNYA aku,... ohhh aku terasa cam bernekad nak turunkan berat badan aku..
BIla aku belek album2 lama... ahhhh tidak rasa cam nak menangis pun ada bila tgk berat badan naek yang cukup mendadak.... kekadang aku terfikir kenapa badan aku leh nek mendadak ni.. dah cam belon dah..
bab kata mak aku... ha badan dah besaq cam tong dram... oooo nonono...
 kalo kengkawan nak tahu aku ni dah cam2 product aku cuba tapi semuanya GAGAL tak tahu la.. nape???
aku dah pergi PUSAT SLIMMING(LWM),, HBL pun dah, JM5 pun dah, ubat doktor DURAMINE pun dah.. tp............ KESANnya langsung tak memberangsangkan.. nak kata aku ni kuat makan pun tak jugak...
tapi entahla.. maybe HORMON atau pun medabolisma badan aku ni dah lemah atas unsur usia yang MAKIN meningkat........
tapi tak aku takkan putus asa,,, atas nasihat kawan baek aku.. aku akan cuba product JMD plak.. mane la. tahu kot2 mujarab kan.. nnt apa2 aku akan share ngn kengkawan lagi tau............

p/s:
     Sesiapa nak share pengalaman tinggal la.. komen ye..
     i need ur all support me....

Betolker Bahasa Wanita Susah Difahami...?????

Bab 1

Seorang laki telefon bini; “Yang oii… Abang kat kedai mamak ni… Awak nak pesan apa-apa?”
Bini jawab, “Takmau bang, bini awak tengah diet…”
Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa…
Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot. Siap majuk-majuk… Dia lari tido bilik sebelah….
Bila laki respond balik, “Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii….”
Bini jawab, “Memangla orang kata takmau apa-apa… Tapi belikan jerla apa-apa….Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr….”
Eh, eh bini aku ni… Yang mana satu nih?, bisik hati sang laki. Habis 1 bab. Masuk bab 2.

Laki talipon bini, “Petang ni awak nak masak apa Yang?”
Bini jawab, “Alaaahhh…. Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik keja ni Abang makan siap-siaplah. Senang…”
Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak. Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya. Sampai umah, sendawa bau kamben.
Tiba-tiba… Bini jerit panggil suh makan! Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit.
“Jom makan!!”, jemput si bini.
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja. Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii… Tido bilik sebelah lagi…..!!
“Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?”, rungut sang laki.

Habis 2 bab.
Masuk bab 3.
Bini berkata, “Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang. Awat abang tak kuar pi mancing ker… Pi main bola ke…Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih.”
Si laki punyala seronok weeiii. Dan-dan tu bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta.
“Bila dah siap, kuar bilik. Tengok anak bini dah siap-siap pakai baju lawa. Bangggg, bini awak sama anak-anak ikut awak eh?”
“##@#@#$@$%#%^&^%*%&*”, sang laki merana seorang diri. Habis 3 bab. Masuk bab 4.

Bini berkata, “Bang,hujung minggu ni balik kampung nak?”
“Alaa, abang keja lah yang….”, jawab si laki.
“Abang hantar bini abang dgn anak-anak dah la bang. Pastu abang balik la KL balik.”, balas sang bini.
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq. Esoknya, laki pon start keta… Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi… Bini dia talipon. “Abang bila nak balik ambik kitorang bang?”
Sang laki, “&%&$%^$%&%^*^#”, merana lagi. Habis 4 bab. Masuk bab 5.

Bini berkata, “Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau. Abang tak kesian bini abang ker? Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer. Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang…”
Laki pon, dengan muka rebel…. Masuk bilik rahsia… Lipat kain.
Sekali, bini masuk bilik nak usha line… Tetiba jer kena petir plak..
“Apa awak lipat kain mcm ni banggg? Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih? Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam? kenapa spender ni awak lipat tiga? kenapa? kenapa? kenapa?”
Sang laki, “#@%%#$%#%^$^*&%(*^(^*()”, terkena lagi. Habis 5 bab. Masuk bab 6.

Isteri berkata, “Nah hambik anak ni bang… pakaikan pampers, pakaikan baju…bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi….”
“Nak bagi pakai baju mana ni Yang…?”, sang laki bertanya.
“Alah abangni… kan baju anak ada 8 bakul tu…pakaikan jerlah baju mana-mana pon… bukan ada org nk tengok ponnn…”
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju….
“Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg! Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? Lalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha…”
“%%^*(&^%&^#$@!%$@&$^%%”, sang laki hanya terkedu membisu.

Habis 6 bab.
———————————————————-
Aduhai, sukarnya memahami bahasa-bahasa wanita? Kesian jadi sang laki. Otak lurus sangat. Tu la pasalnya.
Sekian, bab TAMAT.

Sunday, February 13, 2011

Aktiviti hari nie 13/2/11

hari ni aku ngn kengkawan study aku masa kat uitm dulu ke SACC mall nak g tgk PAMERAN PENGANTIN..
heheheheh al maklumla.. sorang dari member tu dah nak tawen....
aku ni sebenarnya tak der idea nak tulis apa... almaklum la.. otak dah condem sebab penat sangat.. so kat sini ada la... beberapa keping gambar baju pengantin'



 Baju Idaman